Showing posts with label salahguna. Show all posts
Showing posts with label salahguna. Show all posts

Tuesday, December 9, 2008

Siapa Yang Luluskan?




Kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Hakikatnya, kawasan tersebut sudah terlalu berat dengan dosa. Lalu Allah S.W.T menurunkan bala agar tempat maksiat tersebut musnah. Begitulah juga yang akan berlaku kepada UMNO suatu hari nanti. Apabila penipuan, rasuah dan salahguna kuasa semakin ketara dan kritikal, maka Allah S.W.T akan turunkan bala satu persatu sehinggalah musnahnya UMNO.

Berbalik kepada tajuk asal tentang kejadian tanah runtuh di Negeri Selangor baru-baru ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah Kerajaan Negeri yang memerintah sekarang atau sebelum Pakatan Rakyat menang? Sudah pastilah antara dua ekor beruk yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini yang luluskan projek-projek tersebut. Mat Taib dan Khir Toyol memang bijak meluluskan projek untuk untung poket sendiri.

Bila bala dah turun, mulalah pemimpin-pemimpin UMNO bodoh tunjuk muka dengan lakonan memberangsangkan. Yang paling lawak sekali ialah bila TV3 JAHANAM tayang dan zoom lagi muka badut tua yang bernama Pok Lah. Dalam rakaman tersebut Pok Lah cakap "when i said enough.. Its enough..!!". Muka Pok Lah siap buat-buat serius tapi tak berapa nak jadi. Kenapa begitu? Sebabnya dia pun ada kemasyukkan juga untuk projek-projek rumah lereng bukit ni.
Jadi... Faham-faham saja la..

Media-media Massa kroni UMNO pula tunjuk la muka pemimpin-pemimpin mereka sahaja yang konon-kononnya turun padang untuk rakyat. Semua dirancang dan dirakam dengan teliti dan kalau boleh jangan selitkan langsung muka pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat. Dari segi bantuan pun sama, konon-kononnya hanya UMNO sahaja yang menghulurkan tangan.. meringankan beban... Bersamamuuu...

Tapi... Yang penting Allah S.W.T tahu siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Selagi penipuan, rasuah dan salahguna kuasa berlaku dalam UMNO, makin hebatlah bala bencana akan menimpa. Dan kita harus ingat! Siapa yang ditimpa bala bencana tersebut...

Renung-renungkan...


Wednesday, December 3, 2008

Kaki Putar!!!






Dua ekor mangkuk hayun yang pandai putar. Orang kedah cakap "putaq". Baguih dok ada.. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Yang dok kena klentongnya rakyat jugak. Bila dah kena ugut dengan pemimpin-pemimpin UMNO bodoh depa mula ketaq. Cukup la.. Tak payah nak klentong la..


Mukhriz anak Mahadiaq ni pun sekor mangkuk hayun yang bodoh dan bangang. "Anak Pak" la ni! Dah tau banyak benda hang tak puas hati dengan BE END sial tu, hang blah je la..! Yang hang dok menyalak macam baguih-baguih tu hang nak apa? Dah tak sabaq-sabaq nak jadi ketua pemuda? Hang dengan Pak hang sama ja! Geng-geng mamak kaki putaq! Sembang Pari...!


Soi Lek anak Chua pulak dah tau tak puas hati dengan Ketuanan Melayu UMNO pun blah je la! Macam anjing kurap... Tergaru-garu... Jilat merata-rata...


Elok sangat la tiga ekor beruk ni.. Mukhriz, Soi Lek dengan Kayveas... Tiga-tiga bodo macam beruk! Cakap tak serupa bikin...

Tuesday, December 2, 2008

PPP dicabar Keluar BN


Dey! Dey! Dey! Tambi!... Cakap saja tara guna. Sana belit, sini belit macam itu ular. Anne, itu BN sudah kasi cabar. Jadi berambus saja la. Orang suma tara suka lagi. Tapi anne mesti ada sikit risau aaa... Itu PPP kicik saja. Kasi keluar UMNO kalu.. Boleh idup ka? Hati susah juga ada aaa...? Mau jadi Rajini Khan kalu dalam filem boleh la.. Ini betol-betol punya la.. Hati susah juga ada aa...


Dey! Dey! Dey! Apa macam mau cakap sekarang? Itu muhyiddin macam anjing juga ada kasi menyalak. Itu UMNO Cheras juga sudah kasi cabar.. Adei.. Sudah hati susah banyak la tambi.. Tido tada lena macam Pak Lah lagi.. Lu pikir la sendiri!

Kenapa Soi Lek Bersuara

Kehadiran Chua Soi Lek selepas isu seks ganas memang sangat tidak disukai oleh beberapa pemimpin UMNO bengap. Ini kerana mamat ni dah pun menarik diri dan meletak jawatan bila rakaman aksi seks beliau tersebar. Tetapi disebabkan ketakutan UMNO pada Pakatan Rakyat, ada pemimpin-pemimpin bodoh dalam BE END memanggil mamat ni semula untuk meraih undi penyokongnya.

Tentang ketuanan Melayu yang dipertikaikan oleh mamat ni kalau diikutkan maksud sebenarnya ialah ketuanan UMNO yang bodoh. Ini kerana UMNO menggunakan ayat-ayat bangang untuk menipu. UMNO yang sejak azali memperbodohkan rakyat menggunakan ayat-ayat pelindung seperti subsidi, ketuanan, kerana rakyat, agama, kaum dan fakta-fakta sejarah.

Kita dapat perhatikan parti BE END yang dipimpin oleh genius-genius dalam bidang penipuan sanggup berbuat apa saja untuk mendapat kuasa dan duit. Jadi, Soi Lek mula mempertikaikan ketuanan UMNO kerana mula rasa ditindas dan kaumnya tidak diberi kepentingan. Malah sewaktu rakaman seks ganas beliau tersebar, mamat ni dilanyak cukup-cukup oleh BE END dan kroni-kroni Media Massa BE END. Dari pemerhatian saya, jika perkara ini berlanjutan pasti MCA dan gerakan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Parti-pari komponen seperti PPP, MCA dan Gerakan sememangnya teramat berminat menyertai Pakatan Rakyat. Tetapi disebabkan rahsia pemimpin-pemimpin parti komponen tersebut dipegang oleh BE END, jadi ia menjadi faktor penghalang untuk meneruskan agenda mereka. Seperti yang kita sedia maklum, BE END adalah sebuah parti bangsat yang mengamalkan dasar kuku besi dalam apa perkara sekali pun.

Soi Lek dituntut minta maaf

Lepas satu, satu lagi hal untuk Pak Lah dan Najib memerah otak. Ambik! Baru geng-geng ngantok yang tak puas-puas tido tu pening skit. Ni dok pikir nak berkuasa saja! Mat najib pulak suruh berbincang secara tertutup benda-benda macam ni. Ngko ni dah gila nak mampus ke najib? Ngko ni Melayu ke apa? Demi nak jadi PM ngko sanggup jadi pengecut yang bangsat!

Bodoh sungguh UMNO ni! Memang dah reput sangat dah. Tunggu masa nak jahanam dan lenyap! Bercakap bukan main bagus! Takde pulak aku tengok masuk TV pasal ketuanan Melayu dipertikai dan tak dihormati oleh bangsa lain. UMNO mempergunakan perkauman dan keagamaan untuk menipu rakyat. Jadi, benda yang sama la yang akan menjadi punca runtuh dan musnahnya UMNO. Akhirnya nanti, jahanamlah UMNO seadanya.

Pemimpin-pemimpin Melayu UMNO yang bengap dan bebal pulak dok nganga je tunggu duit masuk. Depa bukan heran pun benda-benda macam ni. Kalu jadi macam negara Thai nanti, depa mesti lari luar negara punya. Mudah bagi depa tapi yang susahnya kepada rakyat kita!

Ini jugalah yang akan jadi salah satu punca Pakatan Rakyat akan menang Pilihanraya Kuala Terengganu dan Pilihanraya akan datang. Kita tunggu dan lihat kalau tak percaya.

Monday, December 1, 2008

Boleh ke BN Pertahan Parlimen Kuala Terengganu

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu walaupun menjangkakan akan berhadapan dengan saingan sengit pembangkang pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Katanya, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu dimenangi Pas pada pilihan raya umum Mac lalu manakala hanya satu kerusi DUN dimenangi BN.

“Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap akan pertahankan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - Utusan.



Bertambah takut la BE END dengan Pakatan Rakyat. Sebelum ni Permatang Pauh. Siap semua media massa tolong lobi calon depa. Kat TV hari-hari dok tayang muka Si Arif tu. Last-last skali kalah jugak. Sekarang kita tunggu je bubar Parlimen, mesti kecoh punya. Lepas tu masuk TV je mesti asyik memburukkan Pakatan Rakyat aje.

Sape pulak dari Pakatan Rakyat yang BE END nak dakwa? Apa pulak isu yang depa nak reka? Apa lagi yang depa nak tipu? Kita sama-sama tunggu dan lihat. Yang pasti kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Umpama Anjing Menyalak Bukit


Kesian jugak kat mangkuk sekor ni. Dah orang tak suka. Pengikut-pengikut sendiri pulak dah tak hormat dan tak nak dengar cakap dia. Terbaru dia menyalak lagi suruh selaraskan harga barang dengan harga minyak. Rasanya benda ni dah lama berbunyi sejak harga minyak mula-mula diturunkan. Tapi tak ada hasil pun.


Kesian kat ngko ni Pak Lah. Tido je la puas-puas. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Cuci tangan je dalam bidang politik ni. Ajak Mahathir pergi masjid buat amal ibadat sebelum bala menimpa. Hari-hari asyik dok makan sumpah seranah rakyat. Ngko umpama orang bodoh yang memperbodohkan diri sendiri dan dipandang lebih bodoh dan hodoh oleh rakyat.


Sampai bila ngko nak menipu? Ngko dengan menantu ngko tak cukup lagi ke kumpul harta dengan hasil penipuan? Ngko tak sedar ke yang diri ngko sedang menuju jahanam!


Takde sape-sape pun dah yang nak dengar cakap ngko. Sudah la Pak lah oi.. Ko tak payah pening kepala nak cari idea untuk menipu rakyat lagi. Ngko bagi pakatan Rakyat memerintah, pasti Malaysia maju dan lebih maju.

Kehadiran Zaid Ibrahim di Kongres PKR

Macam ni la kita nak. Bila tak puas hati dengan UMNO hampeh tu, tunjuk betul-betul. Bukan macam pengikut-pengikut bodoh UMNO yang lain. Dah la tak berani nak bersuara, malah sanggup jadi balaci UMNO. Muhyiddin ni pulak lagi satu bangang! Nak tunjuk bagus la tu, mentang-mentang la dah ramai dok lobi nama Sharizat. Dia dah syok mula la nak tunjuk bagus.

Apa sebab pulak nak suruh Zaid jelaskan kenapa hadir kongres Pakatan Rakyat? Macam ni ke cara pemerintahan demokrasi? Macam ni ke yang dikatakan rakyat berhak memilih pemimpin? Dasar sekarang dah nampak sangat rakyat dipaksa memilih pemimpin. Pergi jahanam la dengan UMNO kalau macam ni!

Begini la sifat manusia yang hidup dalam ketakutan dan gila kuasa. Kita mesti pastikan yang teori sial R.A.H.M.A.N tak akan dan tak mungkin berlaku. Rakyat ditipu. Kerajaan UMNO mempergunakan perkauman dan keagamaan untuk menipu rakyat. Ini bukan zaman 60an!

Kepada Zaid, teruskan perjuangan untuk rakyat. Anda pernah berada di dalam UMNO. Anda tahu banyak perkara yang tak betul dalam UMNO. Semoga perjuangan anda membuahkan hasil dan UMNO akan musnah.

Saturday, November 29, 2008

Pengeluaran Pelaburan Asing

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Liew Vui Keong di Parlimen semalam yang menafikan berlakunya pengaliran keluar pelaburan asing sebanyak RM 38 billion membuktikan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan dan kedangkalan Timbalan Menteri tersebut akan kedudukan sebenar aliran pelaburan langsung asing di negara ini.
Kita bukan sahaja menghadapi fenomena aliran keluar pelaburan asing secara langsung(FDI) sebanyak RM38 bilion malah berhadapan dengan pelabur-pelabur tempatan yang mulai melabur di luar negara termasuk sektor pekilangan yang menutup atau mengecilkan operasi kilang-kilang mereka. Kita juga menyaksikan bagaimana pengeluaran pelaburan asing dari bursa saham negara menyebabkan kerajaan terpaksa menyuntik RM5 billion melalui Valuecap Bhd untuk menyelamatkan pasaran saham, dan sebagainya.


Seharusnya Timbalan Menteri berkenaan sedar akan peningkatan mendadak pembuangan kerja dan pemberhentian secara sukarela “VSS” di kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan lain diseluruh negara akibat pengaliran keluar pelaburan langsung asing amat meruncing sekarang.

Timbalan Menteri juga perlu menginsafi fenomena aliran bersih pelaburan langsung asing yang negatif ini hanya dialami oleh Malaysia sedangkan negara-negara lain di rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukkan pelaburan langsung asing yang tinggi sehingga mencecah 80.9% berbanding tahun lepas.

Timbalan Menteri sewajarnya menarik balik kenyataan beliau dan saya sekali lagi menyeru agar satu sidang khas di parlimen ini bagi membahas isu yang sebegitu penting.

Thursday, November 20, 2008

BPR perlu segera siasat, peruntukan RM38 juta 'hilang'?

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar menyiasat peruntukan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan oleh kerajaan pusat berjumlah RM38 juta.
Beliau memberitahu Harakahdaily bahawa terdapat makluman oleh pihak tertentu bahawa hanya 1.6 peratus sahaja daripada keseluruhan peruntukan untuk PBT tersebut diguna berpandukan perancangan yang telah ditetapkan.

"Jadi, ke manakah pergi wang peruntukan yang selebihnya? Pihak BPR perlu menyiasat kedudukan wang tersebut kerana dibimbangi ianya disalahgunakan pihak JPPP seperti menggunakannya bagi tujuan kempen pilihan raya umum Umno Kelantan," katanya ketika ditemui di lobi parlimen abru-baru ini.

Beliau turut dimaklumkan bahawa peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat ke Kelantan hanya diberikan untuk kawasan Parlimen Jeli dan Gua Musang sahaja.
"Bahkan saya diberitahu sendiri oleh pegawai JPP bahawa setiap projek yang hendak dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan pusat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed.

"Diskriminasi ini telah berlaku sejak PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan dan ianya masih diteruskan dalam suasana katanya Umno ingin merubah sikap dan layanan mereka kepada Kelantan," tegasnya.

Dalam pada itu, isu diskriminasi bangkit lagi pada sesi pengggulungan perbahasan sidang parlimen pada 17 November lalu.

Situasi tersebut berlaku ketika ucapan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib - menyentuh isu pembinaan dan pemulihan jalan-jalan rosak di kawasan luar bandar.

Soalan tambahan mula dibuka kepada Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) mengenai pemantauan projek-projek yang dilaksanakan di sesuatu kawasan memandangkan sebarang projek yang hendak dilaksanakan perlu mendapatkan kelulusan daripada pemimpin Umno-BN di sesuatu kawasan khususnya di Kelantan.

"Malah kami sebagai ahli-ahli parlimen pun tidak diberi maklumat mengenai projek tersebut apatah lagi untuk mendapat peruntukan bagi projek untuk rakyat," tegasnya.

Turut membangkitkan isu yang sama, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) memohon penjelasan mengenai kesediaan menghapuskan amalan diskriminasi kerajaan pusat terhadap negeri-negeri pakatan Rakyat.

"Sudikah kerajaan menghapuskan diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dan sekaligus menghapuskan JKKP kerana ianya sudah tidak diperlukan lagi?" soalnya, namun ianya tidak mendapat sebarang jawapan menteri.

Monday, November 17, 2008

Isu sebenar MB Nizar rampas Kamera

Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini. Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Saya, bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.Kami bersama MB sedang makan tengahari, bila seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani. Beliau memperkenalkan dirinya dan MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani. Tetapi kami serentak mencelah, supaya tidak ditandatangani dulu dan meminta MB lihat keseluruhan isi surat tersebut terlebih dahulu. Dalam masa yang sama kami terlihat seorang jurufoto yang tidak dikenali sedang mengambil gambar.
Kami mengesyaki ini adalah suatu perangkap dimana nanti akan keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang boleh di ambil kesempatan untuk memburuk imej MB yang menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin.

Lantas MB panggil jurufoto tersebut lalu bertanya dari akhbar mana ; sama ada telah minta kebenaran atau tidak mengambil foto.Tetapi jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli .MB memanggilnya sekali lagi dengan nada yang agak kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana yang didakwa.
MB minta rakaman foto tadi dibuang. Untuk mempastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut diserahkan kepada Anuar Hashim,Setiausaha Akbarnya yang duduk di sebelah saya, dan meminta Anuar pastikan gambar tersebut dibuang.

Kamera itu diserah semula kepada jurufoto itu dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, supaya datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada diatas meja MB.

Telahan kami tepat, tidak sampai pun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009. Saya tidak kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan sedangkan Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian.

Walaupun ada beberapa orang ADUN BN di kantin sewaktu kejadian tersebut berlaku; saya amat pasti Kubu Gajah tidak ada di situ. Saya sangat mengenalinya kerana ia memang popular dengan sikap kurang ajarnya di Parlimen dan dibawanya ke DUN.

Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh ADUN Kubu Gajah dan akan siarkan supaya para pembaca dapat menilai sendiri ucapannya ; bahawa inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk memburukkan MB dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bubar Majlis Peguam jika mahu berpolitik - Abu Zahar

Majlis Peguam Malaysia perlu dibubarkan jika badan itu bertindak tidak ubah seperti sebuah parti pembangkang, mempersoalkan hak-hak pribumi di negara ini, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang.Katanya, badan itu kini tidak lagi memainkan peranan yang sepatutnya kepada peguam-peguam yang menjadi anggotanya.
"Saya menasihatkan supaya Majlis Peguam dibubarkan dan mereka yang terbabit menubuhkan sebuah parti jika ingin aktif dalam politik," katanya ketika berucap di program wacana isu perundangan dan hak-hak pribumi dalam perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn di ibunegara hari ini. Menurut laporan Bernama, beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan "amat tertekan sekali" ketika ini. Katanya, isu berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu sering dibangkitkan, lebih-lebih lagi selepas Pilihanraya Umum 8 Mac lalu dan "saya tidak sanggup lagi menghadapi situasi seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969".
Dalam ucapannya, Abu Zahar yang juga anggota jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno berkata lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengamalkan rasuah atau politik wang. "Kita nak pemuda harapan bangsa, yang ada hari ini kebanyakannya adalah pemusnah bangsa," katanya.

Thursday, November 13, 2008

Betapa zalimnya polis Malaysia - Tranungkite.net

Terkejut, sakit hati, geram, marah, kecewa dan entah apa lagi perkataan agaknya sesuai dikeluarkan setelah mendengar berita buruk tentang Majlis Mengenang Setahun Perhimpunan Bersih yang diadakan pada malam 9 November 2008 di Padang Timur depan Amcorp, Petaling Jaya telah dicemari dengan keganasan dan kezaliman Polis Nanti Rasuah apabila sesuka hati mak bapak diaorang menjadi rejim BN-Umno memukul, mengganasi, mencedera dan menangkap 22 orang peserta himpunan tersebut.
Alasan bodoh Polis yang tidak punyai harga diri ini ialah perhimpunan aman yang dianjurkan tidak mempunyai permit. Permit apa? Pendatang dari Indonesia yang ada dalam negara ini pun ramai yang tak ada permit, kenapa korang tak ambil apa-apa tindakan? Beratus malah beribu program anjuran BN-Umno di seluruh negara tak ada permit kenapa Polis dan berani halang? Adakah BN-Umno itu parti pemerintah menyebabkan mereka tidak memerlukan permit? Adakah permit hanya khas untuk parti pembangkang? Apabila mohon permit tak pernah dapat tetapi bila NGO yang cenderung kepada pembangkang tetap meneruskan program mereka Polis halang dengan alasan tiada permit.
Apalah rendahnya mentaliti puak-puak Polis ni. Negara makin maju Polis makin lama makin bengap. Akal makin pendek. Ke mana hilangnya slogan “Integriti Amalan Kita” atau “Mesra, Cepat dan Betul?” Tindakan ganas Polis pula bermula ketika nyanyian lagu Negaraku sedang dikumandangkan oleh peserta. Inilah Polis Malaysia penjenayah berlesen yang bebas melakukan apa sahaja. Ini menunjukkan Polis sudah tidak menghormati lagi hak berhimpun secara aman dan lagu Negaraku yang menjadi lambang kemegahan rakyat negara ini. Amat malang apabila antara peserta yang ditangkap dan dikasari ialah wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat seperti Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Adun Kampung Tunku Lau Weng San. Apa yang ingin dilakukan oleh rakyat ialah hanya ingin berhimpun secara aman seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara bukannya secara kekerasan sebagaimana amalan Polis selama ini.
Malaysia adalah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara dan mempunyai hak berhimpun. Berikan masa untuk mereka untuk berhimpun bagi meluahkan sebarang ketidakpuahatian mereka terhadap sesuatu isu. Sebelum ini telah terbukti banyak perhimpunan yang mereka lakukan berakhir dengan aman walaupun tanpa permit. Tetapi yang membuatkan perhimpunan kacau bilau adalah berpunca daripada gangguan Polis. Kalau Polis sekadar menjaga perhimpunan dan mengawal lalu lintas takkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
Kami tidak suka kepada kekecohan. Yang suka kepada kekecohan ialah Umno. Cabar mencabar, kutuk mengutuk, bergaduh, bertumbuk, baling kerusi dan sebagainya itu hanyalah kerja Umno. Kalau tak percaya lihatlah Mesyuarat Umno Bahagian Seremban. Sepatutnya itu yang patut kamu awasi kerana mereka memang suka kekecohan bukannya kami yang sukakan keamanan.
Apakah Polis bebas melanggar perlembagaan negara lantaran mengikut telunjuk Umno? Apakah tugas Polis hanya menjaga keselamatan juak-juak pimpinan Umno yang kebusukan dengan penyelewengan kuasa dan najis rasuah? Apakah Polis kerja cuma berselongkol bersama kerajaan rejim BN? Apakah rakyat membayar gaji mereka hanya untuk bekerja dengan Umno? Bagaimanakah seandainya rakyat tidak halal sesen pun duit mereka sebagai pendapatan Polis? Apakah Polis masih boleh terima? Apa cerita ni sampai 10-15 Polis sanggup membelasah orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersenjata walaupun beliau tidak melawan Apakah Polis tidak suka kepada keamanan negara? Apakah Polis dah tak ada kerja lain? Apakah tugas Polis hanya sekadar membelasah rakyat yang tidak suka melawan? Apakah Polis suka kepada keganasan seperti yang sering dilakukan?
Kalau Polis sedia membeli, bila-bila masa rakyat sedia menjual. Ingat, ini amaran kami dan jangan cabar kesabaran rakyat. Di kesempatan ini kami ingin memberi peringatan kepada pihak Polis. Kami harap tragedi di Padang Negara, Petaling Jaya merupakan kejadian terakhir Polis menzalimi rakyat. Kami sudah lama bersabar dengan segala tindak tanduk kekejaman kamu. Kini kesabaran kami sudah sampai ke tahapnya.
Kami makin bersemangatdan teruja apabila melihat di kaca tv bagaimana rakyat di negara luar dengan berani sanggup bertempur dengan Polis malah di dalam stadium dapat disaksikan sudah ada pemain-pemain bolasepak yang berani bertumbuk dan memukul polis pencegah rusuhan (FRU). Harus diingat dalam ramai-ramai kalangan kami bukan semuanya penakut, tetapi memang ada yang panas baran, pantang dicabar dan berperangai ‘gila’.
Selepas ini kalau nak tengok ada Polis yang kena pukul, dibaling batu, diterajang, disepak atau 10-15 peserta perhimpunan membelasah seorang anggota Polis tanpa belas kasihan, harap sila ulangi lagi tindakan barbarian kamu itu, tetapi apabila berlaku sesuatu kejadian buruk jangan salahkan kami. Kalau tak percaya sila ulangi lagi tindakan tidak bertamadun kamu. Ingat, kami pun ada maruah. Kami sudah bagi amaran. Jangan cabar kesabaran kami sebab kesabaran kami sudah tidak dapat dibendung lagi.

Wednesday, November 12, 2008

Peralihan Kuasa?

Assalamualaikum WBT.

Negara kita mengamalkan prinsip demokrasi sudah hampir 50 tahun. Pemilihan pemimpin negara juga dilakukan melalui pilihanraya dimana kita sebagai rakyat memilih seseorang yang layak. Jadi, di sini ingin saya mengulangi sekali lagi "kita yang memilih pemimpin".

Sepatutnya tidak akan terjadi perkara-perkara seperti yang kita dengar baru-baru ini iaitu pelan peralihan kuasa. Bila ada pelan peralihan kuasa yang macam suka-suka sahaja memberi jawatan pemimpin kepada orang-orang tertentu, maka kita patut persoalkan dimana letaknya kuasa rakyat dalam sistem demokrasi? Kuasa rakyat memilih pemimpin yang layak untuk memimpin.

Seperti yang kita sedia maklum, dalam pemilihan dan mesyuarat-mesyuarat UMNO untuk menuju Mac 2009 banyak pembaziran wang yang berlaku. Individu-individu yang kita sendiri rasa tidak layak untuk menjadi calon telah pun berjaya mendapat pencalonan. Semuanya menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi.

Jadi, kepada sesiapa yang hendak hidup senang lenang dengan mudah, jadilah pengikut UMNO yang setia. Jadilah seekor keldai yang sanggup disuruh buat apa sahaja. Kita sendiri telah sedia maklum dan pernah melihat kuli-kuli UMNO yang hidup mewah.

Jadi disini ingin saya tegaskan yang saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan pelan peralihan kuasa kerana hilangnya kuasa kita sebagai rakyat untuk menentukan siapa yang sebenarnya layak untuk memimpin negara kita. Sebelum saya akhiri penulisan untuk kali ini, saya ada beberapa soalan untuk renungan sahabat-sahabat semua:

1) Adakah anda mahu seorang kaki perempuan menjadi pemimpin? Yang isterinya sendiri pun pada asalnya isteri orang yang dia sanggup beli?

2) Adakah anda mahu seorang penipu menjadi pemimpin? Yang menggunakan wang negara untuk meraih komisen bagi setiap pembelian keperluan negara?

3) Adakah anda mahu seorang yang sanggup bermain sumpah menjadi pemimpin? Menggunakan nama Allah untuk menutup aib yang dilakukan?

Anda fikir-fikirkanlah. Sesungguhnya kita sedar yang diri kita tidak mampu melakukan apa-apa hanya sekadar melihat, mendengar dan menerima. Sekadar untuk renungan dan pandangan.

Salam sayang dari Melbourne.

Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000

Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini. Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah. Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.

Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.

Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.

Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000. Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.

Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400. "Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya.

Tuesday, November 11, 2008

Satu Lagi Projek Menipu Rakyat - Kerajaanrakyat.com

Kerajaan Terengganu bersedia menjadi penganjur Kejohanan Kuda Lasak Dunia (WEC) pada masa depan jika diberi peluang, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said. “Jika diadakan kejohanan ini pada masa akan datang, kita bersedia menjadi penganjur utama kerana ia mendapat sambutan hangat daripada orang ramai selain dapat menggerak dan merancakkan aktiviti ekonomi negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah WEC 2008 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong dekat sini hari Ahad.

Hello Mamat Said, kalau dah nama keturunan bani UMNO, tetap dengan jenama pembohongan dan penipuan. Kamu nak rancakkan ekonomi negeri untuk rakyat atau untuk kaum kerabat kamu?. Sah, ini satu lagi projek UMNO nak tipu rakyat Terengganu.

Tak habis-habis hendak menipu rakyat. Zaman Deris Jusoh, dia dengan Kamal anak Dollah merembat duit rakyat melalui
projek Monsoon Cup. Sekarang zaman ekonomi meleset, rakyat susah merana, si mangkok berayun Mamat Said hendak merompak duit rakyat dengan projek kuda gila. Buat projects bukan untuk membantu rakyat, tapi untuk menyakiti hati dan menyusahkan rakyat.
Padan muka rakyat Terengganu, undilah lagi Barisan Nasional, ini yang kamu semua dapat. Pemimpin senang-lenang merembat duit, kalian yang merempat. Esok lusa, ada lagi
rakyat miskin yang kena halau dan rumah kena roboh. Hidup UMNO, jantan jalang pun disanjung.

Sunday, November 9, 2008

Mesyuarat Pemuda Rembau 'kecoh sedikit'

Mesyuarat Pemuda Umno Rembau 'kecoh sedikit" sewaktu proses pencalonan bagi ketua Pemuda Umno Malaysia diadakan pagi tadi.Ia berlaku selepas nama Khairy Jamaluddin yang juga ketua Pemuda bahagian tersebut dicadang dan disokong untuk jawatan tersebut. Sebaik sahaja nama Khairy dicalon, ada perwakilan yang terus membuat cadangan supaya pencalonan ditutup dan disokong oleh perwakilan lain.

Menurut sumber-sumber, ketika itu ramai perwakilan meluangkan nama 'Khairy' tanda penyokong pencalonannyaKetika itu, seorang lagi perwakilan berjalan ke arah mikrofon dan meminta supaya dibuka semula pencalonan.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama calon-calon mahu dicadangkan.

Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, J" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup". Seramai 308 perwakilan hadir dalam mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Pengerusi tetap kemudiannya memutuskan pencalonan telah ditutup atas alasan majoriti perwakilan mahu Khairy dicalonkan sebagai ketua Pemuda.

Berikutan itu, Khairy terpilih sebulat suara sebagai calon ketua Pemuda, manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk naib ketua. Setakat ini, Datuk Mukhriz Mahathir mendahulu dengan 74 pecalonan, Khairy 53 dan Datuk Khir Toyo (58). Bagi naib pula ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 94 pencalonan dan Reezal sehingga ini mendapat 82 pencalonan.

Sementara itu, Khairy berkata, pencalonan beliau di tempat sendiri itu telah melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. "Pencalonan ini tidak sempurna jika rakan-rakan saya sendiri tidakmenyokong kita. Ini maruah saya," katanya selepas mesyuarat itu.

Sementara itu, Khairy juga kekal sebagai ketua Pemuda Umno bahagian tersebut selepas menang tanpa bertanding hari ini. Manakala Mohd Shafrul Azman juga menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda bahagian selepas memperoleh 96 pencalonan daripada 100 cawangan dalam bahagian berkenaan.

Saturday, November 8, 2008

Najib ditampar ‘revolusi’ di Parlimen - Malaysiakini

Semalam apabila dunia meraikan kemenangan Barack Obama sebagai presiden baru Amerika Syarikat, rakyat Malaysia juga memperolehi sesuatu untuk mereka rayakan.
Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.


Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita.

Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.

Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru.
Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi.


Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam). Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan.

Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah.

Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam. Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Menteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009. Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir “mimpi” Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru.

Hakim tidak dipecat - Harakahdaily

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Abdul Aziz mengelirukan Parlimen bila beliau berkata hakim-hakim yang terlibat dalam krisis Kehakiman 1988 tidak dipecat tetapi diminta bersara awal. Karpal berkata, beliau akan membawa usul mengemukakan Nazri di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengelirukan Parlimen Isnin lalu di mana beliau kemudian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk tindakan diambil.

Bernama melaporkan bahawa Karpal akan meminta Nazri menjelaskan mengapa beliau membuat kenyataan secara terbuka di Parlimen yang memberi tafsiran bahawa nama-nama hakim itu telah dibersihkan oleh tribunal, bertentangan dengan hasil siasatan dua buah tribunal berkenaan.

Karpal merujuk kepada Malayan Law Journal (MLJ) bertarikh 28 Okt 1988 yang melaporkan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung allahrayham Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Dato' George Edward Seah dipecat dari jawatan selepas tribunal mendapati mereka bersalah kerana salah laku.
Mereka bagaimanapun, menerima pencen penuh.


Tiga hakim lain, Tan Sri Dato' Mohd Azmi Kamaruddin, allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh telah digantung tugas tetapi dikembalikan jawatan mereka.

Karpal memberitahu pemberita di Istana Kehakiman di sini semalam bagi mengembalikan penghormatan dan digniti hakim-hakim yang dipecat itu, Kerajaan sepatutnya telah menubuhkan dua tribunal untuk membersihkan mereka dari tindakan yang telah diambil terhadap mereka dan bukan memberikan bayaran ex-gratia.

"Apa yang sepatutnya telah dilakukan ialah bukan membayar ex-gratia kepada hakim-hakim itu tetapi mengadakan sebuah lagi tribunal bagi membersihkan nama mereka.
"Ini masih boleh dilakukan. Membayar ex-gratia kepada mereka tidak membersihkan mereka daripada didapati bersalah kerana salah laku," kata beliau.
Karpal berkata bayaran ex-gratia itu malahan bererti yang Kerajaan berpendapat bahawa mereka (hakim-hakim itu) sebenarnya tidak bersalah.

Mahkamah putuskan Raja Petra bebas - Suarakeadilan

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dibebaskan daripada tahanan ISA hari ini. Raja Petra yang tiba dari Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di mahkamah lebih kurang jam 3 petang kelihatan tenang. Turut hadir isteri beliau, Marina Abdullah dan anak-anaknya serta lebih 100 penyokong yang setia membakar lilin di Petaling Jaya setiap malam Ahad. Mahkamah yang bersidang mulai jam 3.15 petang memutuskan Raja Petra yang ditahan di bawah seksyen 8 berikutan peguamnya memfailkan habeas corpus supaya beliau dibebas.

Raja Petra ditahan hampir tiga bulan di Kem tahanan di taiping dan terpaksa menyambut hari jadi dan hari raya di sana. Beliau ditahan bersabit kesalahan menghasut apabila menyiarkan artikel dalam Laman Web Malaysia Today. Beliau sepatutnya ditahan di Kemta selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.