Saturday, November 8, 2008

Mahkamah putuskan Raja Petra bebas - Suarakeadilan

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dibebaskan daripada tahanan ISA hari ini. Raja Petra yang tiba dari Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di mahkamah lebih kurang jam 3 petang kelihatan tenang. Turut hadir isteri beliau, Marina Abdullah dan anak-anaknya serta lebih 100 penyokong yang setia membakar lilin di Petaling Jaya setiap malam Ahad. Mahkamah yang bersidang mulai jam 3.15 petang memutuskan Raja Petra yang ditahan di bawah seksyen 8 berikutan peguamnya memfailkan habeas corpus supaya beliau dibebas.

Raja Petra ditahan hampir tiga bulan di Kem tahanan di taiping dan terpaksa menyambut hari jadi dan hari raya di sana. Beliau ditahan bersabit kesalahan menghasut apabila menyiarkan artikel dalam Laman Web Malaysia Today. Beliau sepatutnya ditahan di Kemta selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

No comments: