Thursday, November 13, 2008

Betapa zalimnya polis Malaysia - Tranungkite.net

Terkejut, sakit hati, geram, marah, kecewa dan entah apa lagi perkataan agaknya sesuai dikeluarkan setelah mendengar berita buruk tentang Majlis Mengenang Setahun Perhimpunan Bersih yang diadakan pada malam 9 November 2008 di Padang Timur depan Amcorp, Petaling Jaya telah dicemari dengan keganasan dan kezaliman Polis Nanti Rasuah apabila sesuka hati mak bapak diaorang menjadi rejim BN-Umno memukul, mengganasi, mencedera dan menangkap 22 orang peserta himpunan tersebut.
Alasan bodoh Polis yang tidak punyai harga diri ini ialah perhimpunan aman yang dianjurkan tidak mempunyai permit. Permit apa? Pendatang dari Indonesia yang ada dalam negara ini pun ramai yang tak ada permit, kenapa korang tak ambil apa-apa tindakan? Beratus malah beribu program anjuran BN-Umno di seluruh negara tak ada permit kenapa Polis dan berani halang? Adakah BN-Umno itu parti pemerintah menyebabkan mereka tidak memerlukan permit? Adakah permit hanya khas untuk parti pembangkang? Apabila mohon permit tak pernah dapat tetapi bila NGO yang cenderung kepada pembangkang tetap meneruskan program mereka Polis halang dengan alasan tiada permit.
Apalah rendahnya mentaliti puak-puak Polis ni. Negara makin maju Polis makin lama makin bengap. Akal makin pendek. Ke mana hilangnya slogan “Integriti Amalan Kita” atau “Mesra, Cepat dan Betul?” Tindakan ganas Polis pula bermula ketika nyanyian lagu Negaraku sedang dikumandangkan oleh peserta. Inilah Polis Malaysia penjenayah berlesen yang bebas melakukan apa sahaja. Ini menunjukkan Polis sudah tidak menghormati lagi hak berhimpun secara aman dan lagu Negaraku yang menjadi lambang kemegahan rakyat negara ini. Amat malang apabila antara peserta yang ditangkap dan dikasari ialah wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat seperti Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Adun Kampung Tunku Lau Weng San. Apa yang ingin dilakukan oleh rakyat ialah hanya ingin berhimpun secara aman seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara bukannya secara kekerasan sebagaimana amalan Polis selama ini.
Malaysia adalah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara dan mempunyai hak berhimpun. Berikan masa untuk mereka untuk berhimpun bagi meluahkan sebarang ketidakpuahatian mereka terhadap sesuatu isu. Sebelum ini telah terbukti banyak perhimpunan yang mereka lakukan berakhir dengan aman walaupun tanpa permit. Tetapi yang membuatkan perhimpunan kacau bilau adalah berpunca daripada gangguan Polis. Kalau Polis sekadar menjaga perhimpunan dan mengawal lalu lintas takkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
Kami tidak suka kepada kekecohan. Yang suka kepada kekecohan ialah Umno. Cabar mencabar, kutuk mengutuk, bergaduh, bertumbuk, baling kerusi dan sebagainya itu hanyalah kerja Umno. Kalau tak percaya lihatlah Mesyuarat Umno Bahagian Seremban. Sepatutnya itu yang patut kamu awasi kerana mereka memang suka kekecohan bukannya kami yang sukakan keamanan.
Apakah Polis bebas melanggar perlembagaan negara lantaran mengikut telunjuk Umno? Apakah tugas Polis hanya menjaga keselamatan juak-juak pimpinan Umno yang kebusukan dengan penyelewengan kuasa dan najis rasuah? Apakah Polis kerja cuma berselongkol bersama kerajaan rejim BN? Apakah rakyat membayar gaji mereka hanya untuk bekerja dengan Umno? Bagaimanakah seandainya rakyat tidak halal sesen pun duit mereka sebagai pendapatan Polis? Apakah Polis masih boleh terima? Apa cerita ni sampai 10-15 Polis sanggup membelasah orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersenjata walaupun beliau tidak melawan Apakah Polis tidak suka kepada keamanan negara? Apakah Polis dah tak ada kerja lain? Apakah tugas Polis hanya sekadar membelasah rakyat yang tidak suka melawan? Apakah Polis suka kepada keganasan seperti yang sering dilakukan?
Kalau Polis sedia membeli, bila-bila masa rakyat sedia menjual. Ingat, ini amaran kami dan jangan cabar kesabaran rakyat. Di kesempatan ini kami ingin memberi peringatan kepada pihak Polis. Kami harap tragedi di Padang Negara, Petaling Jaya merupakan kejadian terakhir Polis menzalimi rakyat. Kami sudah lama bersabar dengan segala tindak tanduk kekejaman kamu. Kini kesabaran kami sudah sampai ke tahapnya.
Kami makin bersemangatdan teruja apabila melihat di kaca tv bagaimana rakyat di negara luar dengan berani sanggup bertempur dengan Polis malah di dalam stadium dapat disaksikan sudah ada pemain-pemain bolasepak yang berani bertumbuk dan memukul polis pencegah rusuhan (FRU). Harus diingat dalam ramai-ramai kalangan kami bukan semuanya penakut, tetapi memang ada yang panas baran, pantang dicabar dan berperangai ‘gila’.
Selepas ini kalau nak tengok ada Polis yang kena pukul, dibaling batu, diterajang, disepak atau 10-15 peserta perhimpunan membelasah seorang anggota Polis tanpa belas kasihan, harap sila ulangi lagi tindakan barbarian kamu itu, tetapi apabila berlaku sesuatu kejadian buruk jangan salahkan kami. Kalau tak percaya sila ulangi lagi tindakan tidak bertamadun kamu. Ingat, kami pun ada maruah. Kami sudah bagi amaran. Jangan cabar kesabaran kami sebab kesabaran kami sudah tidak dapat dibendung lagi.

No comments: