Showing posts with label NAJIB. Show all posts
Showing posts with label NAJIB. Show all posts

Wednesday, April 8, 2009

Barisan Nafsu Yang Menuju Jahanam

Sudah terang lagi bersuluh. Sudah nyata lagi terbukti. Rakyat menolak mentah-mentah Barisan Nafsu yang kini dikepalai oleh Najib. Rakyat tidak mahu Najib bersama UMNO Jahanam memerintah. PRU13 nanti akan membuatkan UMNO Jahanam dan Najib dalam ketakutan. Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah memberi “First Feedback” kepada Najib bahawa rakyat menolak beliau.

Turunlah Mahathir ke… Anak-anak Mahathir ke.. Atau sesiapa saja yang ada kena-mengena dengan UMNO Jahanam, rakyat tidak akan lagi termakan tipu helah yang akhirnya hanya memenuhkan poket dan memboroikan perut pemimpin-pemimpin UMNO Jahanam. Rakyat tidak mahu lagi ditindas. Sudah lebih 50 tahun rakyat ditindas.
Apa lagi alasan dan modal UMNO Jahanam untuk berkempen selepas ini? Apa lagi idea-idea bodoh yang akan digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Jahanam untuk memperbodohkan rakyat? Jalan-jalan menuju Jahanam sudah ketara untuk membawa UMNO Jahanam terus Jahanam!!!

Fakta: Barisan Nafsu “Memohon Restu Rakyat” untuk “Menjahanamkan Rakyat”.

Wednesday, April 1, 2009

Apa Cerita Lu Ezam?

Si Bangang bernama Ezam ni dah mula nak melalut. Dulu masa mula-mula masuk UMNO Jahanam, dia nak tunjuk bagus ala-ala gampang dengan slogan anti rasuahnya. Tapi sekarang Si Ezam bodoh ni dah mati kutu akibat terkantoinya UMNO Jahanam dengan bertimbun gejala rasuah. Terkejut Babi Si Ezam ni. Tapi nak buat macam mana bila kedua-dua belah kakinya sudah berada dalam UMNO Jahanam. Nak keluar kalu, mana nak letak muka yang macam sial tu.

Bila Ezam bangang diberi tugasan untuk melobi Barisan Nafsu di Bukit Gantang, lagi pening kepala hotak dia. Apa lagi modal yang dia nak gunakan untuk mengelentong rakyat di sana. Jadi, ayat-ayat basi pun keluar dari mulut busuk Ezam bodoh ni. Nak tau apa ayatnya? “saya akan dedahkan”. Itu je lah modal Si Ezam bodoh. Kebodohan Ezam lagilah terserlah dengan jayanya apabila terkantoi tentang nak mengelentong rakyat dengan mengatakan masa DSAI jadi Ketua Pemuda UMNO dulu beliau pernah memuji bahawa Najib ni cerdik. Bila dicongak-congak, rupanya memang Si Ezam bodoh ni menipu. Apa lagi la Ezam bodoh nak kelentong lepas ni.

Fakta: Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.
Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.
Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).

Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!

Renung-renungkan…

Thursday, March 19, 2009

Bantulah Kami Ya ALLAH...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Ya ALLAH Ya Rabbi Ya Tuhanku..
Kami rakyat Malaysia yang hina ini bermohon kepadaMu Ya ALLAH...
Agar Najib tidak menjadi perdana menteri bagi negara kami...
Sudah pasti kehancuran yang akan menimpa negara kami Ya ALLAH...
Kami tidak mahu negara kami dipimpin oleh seorang pembunuh...
Kami tidak mahu negara kami dipimpin oleh seorang yang bernafsu binatang...
Kami tidak mahu negara kami dipimpin oleh seorang penipu...
Kami tidak mahu negara kami dipimpin oleh seorang yang syirik...
Kami tidak mahu negara kami dipimpin oleh seorang yang munafik...
Kami tidak mahu negara kami dipimpin oleh seorang yang menerima dan memberi rasuah...

Ya ALLAH Ya Rabbi Ya Tuhanku..
Sesungguhnya hanya kepadaMu kami berlindung...
Sesungguhnya kepadaMu kami berserah setelah kami berusaha...

Engkaulah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Amin Ya Rabbal A'lamin...

Thursday, March 12, 2009

Pendedahan Liberation

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera. Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.


Sumber dari Anwar Ibrahim blog

Monday, March 9, 2009

Lagi bukti penglibatan Najib

ANGKATAN Muda KeADILan Malaysia meminta polis agar menyiasat pendedahan terbaru, sebuah akhbar Perancis, The French Liberation yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta Abdul Razak Baginda di dalam satu penerbitan artikel di akhbar tersebut.

Artikel berkenaan, ‘The Altantuya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?’ yang disiarkan pada 5 Mac lalu ditulis oleh Arnaud Dubus yang berpengkalan di Thailand mengaitkan kedua nama tersebut dikaitkan dengan komisyen berjumlah 114 Juta Euro sebagai pembelian kontrak kapal selam Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sewaktu Najib menjawat Menteri Pertahanan.

Selain itu, artikel berkenaan juga dengan jelas menyebut nama seorang warganegara Mongolia, Altanyuya Shaaribuu - yang dibunuh kejam penghujung tahun 2006 di Malaysia yang dikatakan teman wanita Abdul Razak yang disebut sebagai seorang yang mempunyai hak ke atas komisyen 114 Juta Euro berkaitan dengan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM.

“Keraguan timbul melalui laporan artikel tersebut apabila wartawan artikel telah menyatakan dengan jelas bagaimana kaitan di antara Altantuya, Abdul Razak dan Najib yang dikatakan mempunyai hubungkait rapat berkenaan dengan urusan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM yang seterusnya mengakibatkan Altantuya Shaaribuu mati dibunuh oleh pihak Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno sebelum ini menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau turut bersumpah tidak pernah mengenali wanita itu sewaktu pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Shamsul berkata, Artikel berkenaan turut merujuk kepada satu Kenyataan Beramaran (Cautious Statement) yang dikatakan merakamkan percakapan tertuduh yang didakwa membunuh Altantuya Sirul Azhar Omar.

Rakaman terbabit mengaitkan kesemua individu iaitu Najib, Rosmah dan Abdul Razak mempunyai kaitan secara tidak langsung didalam urusan pemberian komisyen dan pembunuhan Altantuya.

“Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa suatu siasatan menyeluruh perlu dibuat oleh PDRM terhadap Najib, Rosmah dan Abdul Razak mengenai isu komisyen berjumlah 114 Juta Euro dan pembunuhan Altantuya oleh pihak UTK (Sirul Azhar), berdasarkan artikel tersebut serta rakaman percakapan Sirul,” katanya di Luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, 8 Mac lalu.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, 8 Mac lalu yang turut dihadiri oleh Naib Ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Ketua AMK Wilayah Mat Zaman Tasi beberapa anggota Exco dan 50 penyokong AMK.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Lebih kejam, Arnaud turut melaporkan Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Sumber dari SUARA KEADILAN

Wednesday, February 25, 2009

Saya Punya Ringgit Masyuk

Kenapa para pemimpin UMNO JAHANAM sanggup menukarkan dari Badan Penerima Ringgit kepada sebuah Suruhanjaya yang kini dikenali Saya Punya Ringgit Masyuk? Adakah anda terfikir apa yang saya fikirkan? Mungkin ya dan mungkin tidak. Saya nak titipkan di sini apa yang saya rasa dan apa yang saya tahu.

Apa saja perkara dan keputusan yang dibuat sama ada oleh Pak Bedollah dan Mat Najib bangang adalah untuk kepentingan diri, poket sendiri dan bontot sendiri. Pengiktirafan yang diberi sehingga menjadi sebuah Suruhanjaya adalah bermatlamat untuk menutup setiap pekung yang dilakukan oleh UMNO JAHANAM apabila segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah bakal diketahui umum. Terkini yang menyakitkan hati ialah 45 dari 90 kes rasuah politik pemimpin UMNO JAHANAM ditutup oleh SPRM kerana tiada bukti kukuh. Sudah pasti kes Mat Najib bangang salah satu daripadanya.

Kepada Ahmad Said Hamdan. Lu makan la kenyang-kenyang segala kemasyukan dari UMNO JAHANAM! Nanti lu tengok apa akan jadi dengan keluarga lu! Belum apa-apa lagi anak lu dah kena! Akan datang pulak hancur la keturunan lu!

Allah Maha Besar. Allah akan bersama orang-orang yang benar...

Tuesday, February 24, 2009

Dacing Yang Berat Sebelah

Apa sudah jadi? Bila laporan dibuat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO JAHANAM tentang penyalahgunaan kuasa dan rasuah, semacam perkara tersebut tidak penting pada pihak yang bertanggungjawab. Namun, jika ada laporan dibuat tentang konon-kononnya pemimpin Pakatan Rakyat menyalahgunakan kuasa, dengan pantas berita tersebut dihangatkan di TV3 merangkap dajal Malaysia malah pihak yang patut bertanggungjawab semacam nak menempuh hari kiamat menyediakan kertas siasatan.

Barua-barua UMNO JAHANAM tidak akan berdiam diri sekiranya tuan mereka dituduh yang bukan-bukan. Padahal, tuan mereka itu sememangnya setan yang bertopengkan Najib, Khir Toyol, Mat Taib anak haram, Khairy Iblis dan ramai lagi. Bila tuan-tuan mereka ini sudah dikantoikan oleh geng-geng Pakatan Rakyat, maka tidak Masyuklah lagi poket mereka. Jadi, kaki hisap dan jilat sampai licin ini akan membuat-buat bodoh apabila tuan-tuan mereka dalam UMNO JAHANAM dilapor salahguna kuasa dan rasuah.

Rasuah dan UMNO JAHANAM tak mungkin dapat dipisahkan hingga Kiamat. Kita perlu ingat! Siapa pengasas rasuah dalam UMNO JAHANAM. Siapa lagi kalau bukan pembunuh yang bernafsu binatang dan sanggup buat apa saja untuk berkuasa! Anda kenal tak? Najib Anak Haram Razak! Jika betul mangkuk ni jadi PM, anggaplah negara kita sudah menempuh Kiamat untuk fasa pertama.

Renung-renungkan...

Sunday, February 8, 2009

Apa Beza UMNO dan Yahudi?

Apa yang berlaku di Gaza telah kita sedia maklum. Usaha Yahudi yang sudah berkurun lama untuk menakluk Tanah Islam.

Apa yang berlaku di Perak juga telah kita sedia maklum. Usaha rejim UMNO JAHANAM untuk menakluk dan merampas Perak dari Pakatan Rakyat setelah kalah malu pada PRU12. Usaha berterusan UMNO JAHANAM untuk menguasai semula negeri-negeri membangun yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tidak akan berakhir di Perak sahaja. Wang rakyat digunakan untuk tujuan membeli ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang pada asalnya dengan ikhlas hati berkhidmat kepada rakyat.

Najib anak Razak adalah seorang jurujual yang bijak dalam politik wang. Urusan tawar-menawar bermula sejak dari UMNO JAHANAM kalah malu pada PRU12. Seorang demi seorang ADUN Pakatan Rakyat dihimpit oleh Najib untuk tawaran istimewa dengan untung yang lumayan dan nama boleh dibersihkan.

Sudah terang lagi bersuluh yang Najib ini adalah sejenis makhluk yang sanggup membuat apa saja untuk memastikan agendanya terlaksana. Kononnya teori R.A.H.M.A.N. Padahal teori Najib untuk memperbodohkan rakyat bagi memastikan hidupnya senang dan nafsu serakahnya dapat dipuaskan.