Saturday, January 31, 2009

malaysiakini - Lagi Kisah Polis BUNUH Rakyat Malaysia

Dari Terengganu,

Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu.

Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut.

"Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harakah.

Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya.

"Malah, menurut anggota polis di beliau(Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan."Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu Harakah bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.

-PRO REFORM


Apa nak jadi dengan malaysia ....polis suka bunuh orang.
Selagi UMNO perintah malaysia,selagi itulah masalah ini akan berterusan.
UMNO..Ibu Kepada Segala Masalah dan Kedurjanaan

--
Posted By Topengperak_Xinwugi® to Perisik Rakyat® at 1/31/2009 09:41:00 AM

Sunday, January 4, 2009

UMNO Yang Sengal

Penduduk-penduduk Kuala Terengganu sedang menghitung hari untuk menghadapi pilihanraya kecil. Pelbagai ceritera-ceritera telah pun timbul untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat. UMNO Jahanam hakikatnya langsung tidak yakin dapat memenangai pilhanraya kecil ini.

Antara isu baru yang ditimbulkan ialah pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri-negeri yang diperintah. Adakah UMNO Jahanam benar-benar bersepakat dalam memerintah negara? Adakah Barisan Natang, MCA dan MIC benar-benar sepakat dalam memerintah negara? Harus diingat yang media massa di Malaysia cuma mengemukakan cerita-cerita yang baik sahaja tentang UMNO Jahanam. Konon-kononnya tiada pergolakan dalam UMNO Jahanam.

Adakah antara pemimpin-pemimpin UMNO Jahanam saling hormat-menghormati dan bersetuju pada setiap kata putus? Hakikatnya dalam UMNO Jahanam sentiasa bergolak kerana ingin membela kaum sendiri. Cuma pemimpin-pemimpin yang berbangsa Melayu dalam UMNO Jahanam yang bodoh dan sanggup berlakon untuk tunjuk kepada rakyat yang UMNO Jahanam tidak langsung bergolak.

Tuesday, December 30, 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Menjelang pilihanraya Kuala Terengganu, kita digemparkan dengan isu hukum hudud dan isu blog menghina Nabi Muhammad S.A.W. Pelik dan sangat pelik! Mengapa ada saja isu-isu sensitif terjadi? Adakah ianya terjadi atau atau sengaja dijadikan oleh pihak-pihak tertentu untuk menang dalam pilihanraya?

Di Permatang Pauh sebelum ini isu liwat. Sekarang di Terengganu pula.. Isu yang timbul mesti akan melibatkan agama. Adakah UMNO jahanam tidak rasa bersalah mempermainkan isu agama? Adakah UMNO jahanam tidak rasa bersalah melaga-lagakan rakyat jelata? Pelik dan sangat pelik..

Bukankah setiap apa yang nak dilaksanakan mesti persetujuan KERAjaan Pusat? Kenapa UMNO jahanam tidak laksanakan sahaja Hukum Hudud? Kenapa nak persalahkan PAS tentang perlaksanaan Hukum Hudud? Pelik dan sangat Pelik..

Semoga Allah bersama insan-insan yang beriman dan semoga UMNO jahanam kalah teruk di Kuala Terengganu...

Friday, December 26, 2008

Hukum Hudud

Memang dasar UMNO Jahanam! Anak haram! Kesialan menyelubungi semua pencacai-pencacai UMNO! Adakah mereka ini tidak takut dengan kuasa Allah? Adakah mereka benar-benar penganut Agama Islam? Adakah mereka muslimin dan muslimat? Pertanyaan demi pertanyaan timbul dalam kepala otak rakyat yang sedar akan muslihat UMNO Jahanam! Adakah pemimpin-pemimpin UMNO Jahanam tidak pernah merasa bersalah setiap kali menipu rakyat dan melaga-lagakan kaum mengenai isu Agama dan Perkauman?

Dari pemerhatian saya, UMNO Jahanam tidak mempedulikan apa pun demi ingin memiliki kuasa dan harta. Mereka sudah buta! Adakah kita perlu berjihad secara terang-terangan untuk menafikan semua ini? Menjadi satu tanda tanya... Adakah pemimpin-pemimpin UMNO Jahanam ini takut pada kuasa Allah? Mereka sanggup menggunakan isu Agama iaitu isu sensitif untuk meraih simpati dan perhatian rakyat.

Bermain sumpah adalah perkara biasa bagi pemimpin-pemimpin UMNO Jahanam dan pencacai-pencacai UMNO! Memang pelik dan teramatlah pelik! Semoga Allah bersama insan-insan yang benar dan kita terselamat dari bala bencana yang dirancang oleh UMNO Jahanam!

Renung-renungkan...

Wednesday, December 24, 2008

Kenyataan Media Presiden PKR

Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.

Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.

Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPresiden Parti Keadilan Rakyat
Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah