Sunday, January 4, 2009

UMNO Yang Sengal

Penduduk-penduduk Kuala Terengganu sedang menghitung hari untuk menghadapi pilihanraya kecil. Pelbagai ceritera-ceritera telah pun timbul untuk memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat. UMNO Jahanam hakikatnya langsung tidak yakin dapat memenangai pilhanraya kecil ini.

Antara isu baru yang ditimbulkan ialah pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri-negeri yang diperintah. Adakah UMNO Jahanam benar-benar bersepakat dalam memerintah negara? Adakah Barisan Natang, MCA dan MIC benar-benar sepakat dalam memerintah negara? Harus diingat yang media massa di Malaysia cuma mengemukakan cerita-cerita yang baik sahaja tentang UMNO Jahanam. Konon-kononnya tiada pergolakan dalam UMNO Jahanam.

Adakah antara pemimpin-pemimpin UMNO Jahanam saling hormat-menghormati dan bersetuju pada setiap kata putus? Hakikatnya dalam UMNO Jahanam sentiasa bergolak kerana ingin membela kaum sendiri. Cuma pemimpin-pemimpin yang berbangsa Melayu dalam UMNO Jahanam yang bodoh dan sanggup berlakon untuk tunjuk kepada rakyat yang UMNO Jahanam tidak langsung bergolak.

No comments: