Showing posts with label kejayaan. Show all posts
Showing posts with label kejayaan. Show all posts

Wednesday, December 24, 2008

Kenyataan Media Presiden PKR

Parti Keadilan Rakyat semalam telah memutuskan untuk merombak serta melantik barisan pimpinan Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru . Keputusan tersebut dicapai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi selepas bermesyuarat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. Rombakan serta lantikan ini bertujuan memacu serta memperhebatkan jentera parti bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan.

Majlis Pimpinan Tertinggi juga secara sebulat suara memutuskan untuk melantik Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak. Keputusan tersebut dicapai setelah mempertimbangkan sokongan yang kini semakin nyata terhadap PKR, terutamanya selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-12 dan pembentukan gagasan Pakatan Rakyat. Menyedari bahawa kebajikan rakyat negeri Sabah dan Sarawak telah lama diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, pemilihan Dato’ Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri adalah tepat bagi memastikan berlakunya perubahan mendasar serta menunjukkan komitmen tuntas PKR di dalam memperjuangkan agenda rakyat keseluruhannya; dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Agenda untuk melakukan perubahan di Sabah dan Sarawak memerlukan dokongan dan sokongan dari segenap lapisan masyarakat. Manakala Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya dalam masa terdekat, perlantikan Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Perhubungan kedua-dua negeri tersebut menjustifikasikan keprihatianan kami terhadap permasalahan di sana serta amat signifikan dalam transisi peralihan kuasa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Kami percaya mereka yang terpilih untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut akan memikul amanah sedaya mungkin dan seterusnya menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Tahniah kami ucapkan di atas perlantikan saudara/i sekalian.

Saya selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan Negeri yang telah pun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Jasa mereka pasti dikenang dan tidak akan dilupakan.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPresiden Parti Keadilan Rakyat
Bersama ini adalah nama-nama Pengerusi Perhubungan Negeri yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang diadakan pada 18hb Disember 2008:

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Sunday, November 30, 2008

PKR Janji Kembalikan Kekebalan Raja

PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi raja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres parti itu hari ini.Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata:"Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan.
Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa."Rabu lepas, Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar bertitah supaya kekebalan daripada tindakan undang-undang dikembalikan kepada kerabat diraja bagi membantu mereka berfungsi dengan berkesan sebagai pelindung perlembagaan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagaimanapun berkata, perkara itu bukan penting untuk dibincangkan oleh jemaah menteri kerana ia tidak dibangkitkan atau dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.
Menjelaskan lanjut dalam sidang media selepas ucapannya, Dr Wan Azizah berkata beliau ingin mengembalikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang atau pindaan akta seperti sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1983. Pindaan itu, seperti diamalkan sekarang, memberikan tempoh selama 30 hari kepada Agong untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang, atau jika baginda tidak memperkenan, secara automatik rang tersebut diluluskan.
Dalam ucapannya juga, tidak seperti dijangkakan, projek 16 September - peralihan kuasa kerajaan persekutuan yang diusahakan Datuk Seri Anwar Ibrahim - tidak disentuh dalam ucapan Dr Wan Azizah.Dalam ucapan bertemakan "Harapan Baru", beliau hanya berkata "kita hanya setapak lagi untuk membentuk kerajaan baru."Semalam, sewaktu merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda parti itu, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjangkakan isu pertukaran kerajaan akan disentuh oleh Dr Wan Azizah dan Anwar.Presiden PKR sebaliknya mengkritik pelan peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Mac ini.
Isteri Anwar berkata, pelan peralihan itu hanya "membawa kepada sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara."Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan, peralihan ini akan membawa kepada sebuah pentadbiran yang lebih mirip pentadbiran regim lama - meluasnya penggunaan ISA dan rasuah.
"Di mana bawah pentadbiran lamalah berlaku kemusnahan dahsyat kepada kebanyakan institusi pentadbiran dalam negara," katanya di kongres tahunan kelima PKR di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini.Berhubung kebajikan pekerja, Wan Aizah berkata, pengenalan gaji minimum RM1,000 sebulan akan dilaksanakan di negeri tuan rumah kongres itu, Selangor dalam tempoh terdekat.
Beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang turut hadir termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh, tokoh-tokoh utama parti Lim Kit Siang dan Teresa Kok, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan setiausaha agungnya Datuk Kamaruddin Jaafar.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Li turut hadir.Dewan persidangan di stadium tertutup itu hampir penuh, antaranya dengan hampir 2,000 perwakilan dan 1,200 pemerhati rasmi. Beberapa ratus penyokong turut hadir.

Monday, November 17, 2008

Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR

Kira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR. Borang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini. Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.
Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri. Adit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR. Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli.