Pihak pendakwaraya dari Pejabat Peguam Negara (Ghani Patail) berjaya menjadikan kes Anwar antara kes paling pelik di Malaysia. Menurut undang-undang prosedur, pihak pendakwaraya MESTI menyerahkan semua dokumen yang berkaitan kes kepada pihak pembelaan agar tertuduh boleh membela diri. Ini jelas dinyatakan dalam KANUN PROSEDUR JENAYAH.
Malangnya, pihak pendakwaraya menunjukkan kebebalan apabila buat pertama kalinya dalam sejarah enggan menyerahkan apa-apa dokumen kepada pihak pembelaan, sekalipun langkah ini jelas bercanggah dengan undang-undang dan tidak pernah berlaku sebelum ini.Alasan tidak cerdik yang diberikan pendakwa ialah kes ini sedang cuba dibawa oleh piha pendakwa ke mahkamah tinggi.
Sekiranya mahkamah tinggi menolak rayuan pendakwa untuk memindah kes dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi, rayuan akan dibuat ke mahkamah rayuan. Kemudian ke mahkamah persekutuan pula. Kalau masih gagal , akan cuba buat semakan pula...Sehinggalah semua cubaan melengah ini selesai, pendakwa enggan menyerahkan apa-apa dokumen.
Setelah tindakan zalim yang cukup pelik ini dipertikaikan di mahkamah oleh peguam-peguam Anwar, pendakwa yang jelas sudah melampau akhirnya bersetuju untuk menyerahkan dokumen kononnya dalam jangkamasa terdekat..Apa yang takut sangat nak serah dokumen ni?????????"
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment