Kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Hakikatnya, kawasan tersebut sudah terlalu berat dengan dosa. Lalu Allah S.W.T menurunkan bala agar tempat maksiat tersebut musnah. Begitulah juga yang akan berlaku kepada UMNO suatu hari nanti. Apabila penipuan, rasuah dan salahguna kuasa semakin ketara dan kritikal, maka Allah S.W.T akan turunkan bala satu persatu sehinggalah musnahnya UMNO.
Berbalik kepada tajuk asal tentang kejadian tanah runtuh di Negeri Selangor baru-baru ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah Kerajaan Negeri yang memerintah sekarang atau sebelum Pakatan Rakyat menang? Sudah pastilah antara dua ekor beruk yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini yang luluskan projek-projek tersebut. Mat Taib dan Khir Toyol memang bijak meluluskan projek untuk untung poket sendiri.
Bila bala dah turun, mulalah pemimpin-pemimpin UMNO bodoh tunjuk muka dengan lakonan memberangsangkan. Yang paling lawak sekali ialah bila TV3 JAHANAM tayang dan zoom lagi muka badut tua yang bernama Pok Lah. Dalam rakaman tersebut Pok Lah cakap "when i said enough.. Its enough..!!". Muka Pok Lah siap buat-buat serius tapi tak berapa nak jadi. Kenapa begitu? Sebabnya dia pun ada kemasyukkan juga untuk projek-projek rumah lereng bukit ni.
Jadi... Faham-faham saja la..
Media-media Massa kroni UMNO pula tunjuk la muka pemimpin-pemimpin mereka sahaja yang konon-kononnya turun padang untuk rakyat. Semua dirancang dan dirakam dengan teliti dan kalau boleh jangan selitkan langsung muka pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat. Dari segi bantuan pun sama, konon-kononnya hanya UMNO sahaja yang menghulurkan tangan.. meringankan beban... Bersamamuuu...
Tapi... Yang penting Allah S.W.T tahu siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Selagi penipuan, rasuah dan salahguna kuasa berlaku dalam UMNO, makin hebatlah bala bencana akan menimpa. Dan kita harus ingat! Siapa yang ditimpa bala bencana tersebut...
Renung-renungkan...
1 comment:
Salam saudara,
Dasar parti penipu. Kalau dah presidennya penipu, habis semua orang kiri kanan depan belakangnya mengidap penyakit yang serupa - Menipu Adalah Budaya UMNO.
Salam takzim
Post a Comment