Sunday, November 9, 2008

ISA: Semua hakim harus berani

SALAH Seorang aktivis ISA, Norlaila Othman menyambut baik keputusan hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad semalam yang membebaskan Raja Petra dari tahan ISA.
Walaubagaimanapun menurut beliau, semua hakim yang mengambil kes Akta Zalim, ISA haruslah berani mengambil keputusan yang sama seperti Hakim Syed Ahmad Helmy.

“Saya rasa pembebasan Raja Petra mempunyai kaitan dengan hakim yang berani mengambil tindakan untuk menafikan akta zalim ini, dan Raja Petra bertuah dengan pembebasan beliau,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online.
Katanya ada beberapa kes ini sama seperti Raja Petra namun ianya ternyata gagal, kerana ianya berdasarkan kepada keberanian hakim.


“Malik Imtiaz dan pasukan beliau adalah diantara peguam yang terbaik, namun keputusan terletak kepada keberanian hakim berkenaan,” katanya lagi.
Menyikap pengalaman beliau sebagai isteri tahanan ISA, dua kes sebelum ini membuktikan bahawa ada hakim yang tidak berani mengambil keputusan.


“Sebagai contoh pada tahun 2003, peguam terkemuka, Admund Bund dan kumpulan beliau berjaya mendapat perintah mahkamah untuk membebaskan salah seorang tahanan Jemaah Islamiah, Nasarudin Nasir,” katanya.

Katanya ketika itu, hakim yang melaksanakan tugas ialah ialah Suriadi Abd Halim . Manakala hakim kepada suaminya pula ialah Kadir Musa. “Nasarudin Nasir telah ditahan pada 18 April 2002, hari yang sama dengan penahanan suami saya walaubagaimanapun Nasarudin dibebaskan pada 2006 dan agak pelik mengapa suami saya tidak dibebaskan. Ianya menunjukan keberanian kehakiman,” katanya petang ini.

Habeas Corpus suaminya, Mat Sah Mat Satray pada ditolak dengan mudan tanpa alasan pada tahun 2004 walaupun menggunakan kumpulan peguam yang sama yang diketuai Edmund Bon yang turut memenangi kes tahanan ISA Nasarudin Nasir pada tahun 2003. Dalam penghakiman semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau turut mengarahkan agar Raja Petra, yang ketika itu berada di Kem Tahanan Kamunting Taiping, yang ditahan sejak 12 September lepas, dibawa ke mahkamah sebelum pukul 4 petang semalam bagi urusan pembebasannya.

Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun dan boleh disambung bila-bila masa. Para peguam yang mewakili Raja Petra adalah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah. Raja Petra yang tiba dari Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di mahkamah lebih kurang jam 3 petang kelihatan tenang.

No comments: