Monday, November 17, 2008

Protes aman anti-ISA di Petaling Jaya

Kira-kira 200 orang menyertai perhimpunan aman membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini.Bagaimanapun, tidak seperti Ahad lalu, kali ini pihak penganjur mendapat permit polis untuk mengadakan bantahan tersebut.Mereka mula berhimpun di situ sejak jam 7.30 malam.
Ahad lalu, polis bertindak menyuraikan kumpulan yang mengadakan perhimpunan anti-ISA dan menahan 23 orang. Turut ditahan ialah beberapa orang ahli politik.
Anggota Majlis Petaling Jaya, Richard Yeoh memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah memohon permit polis Jumaat lalu untuk mengadakan perhimpunan tersebut dan mendapat kelulusan semalam.Difahamkan perhimpunan akan diadakan di tempat yang sama setiap minggu. Ia dianjurkan sekumpulan rakyat prihatin.

No comments: