Thursday, November 20, 2008

Nak Lari Dah Ke Razak?

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, yang dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, berkata terlalu banyak fitnah dilemparkan terhadap pihak tertentu berhubung kes itu.
"Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti," katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Okt lalu, di sini hari ini.Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MCRS), dituduh bersubahat dengan dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Insp Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan Altantuya di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam keesokannya.
Azilah dan Sirul Azhar diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Okt 2006, dan 1 pagi keesokannya.Pihak pendakwaan tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak."Saya harap sidang media ini dapat menjelaskan beberapa perkara yang menjadi bahan bualan termasuk disebarkan pihak berniat jahat dalam memburukkan imej individu tertentu," katanya.
Penampilan Abdul Razak pada sidang akhbar ini agak berbeza berbanding ketika dalam tahanan dengan kini beliau dilihat menyimpan misai dan jambang.Pada sidang akhbar itu, beliau ditemani dua peguamnya, bapanya dan beberapa ahli keluarganya, bagaimanapun isteri dan anaknya tidak kelihatan.
Ditanya mengenai rancangan masa depannya, Abdul Razak berkata beliau bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Oxford, United Kingdom.Beliau berkata keputusannya untuk menyambung pelajaran bukan untuk melarikan diri tetapi telah lama dirancang iaitu sebelum beliau ditahan.
Kompom mangkuk ni nak lari. Kerajaan Malaysia@UMNO tak nak ke pegang pasport dia? Nampak sangat kan yang semua ni dah dirancang dengan teliti dan rapi. Tak ada syarat pun dikenakan kepada mangkuk ni. Dah la terlibat tuduhan bersubahat membunuh. Padahal, kalau DSAI terus diorang tak bagi guna pasport untuk keluar negara. Itu baru tuduhan liwat! Jadi liwat dengan bunuh yang sebenarnya mana kesalahan yang lebih berat ye? Inilah Malaysia negara tercinta yang dipimpin oleh mangkuk-mangkuk hayun tak guna.
Salam Sayang Dari Melbourne.

1 comment:

Kerajaan Rakyat said...

Salam saudara,

Bila pemimpin mendasari pentadbirannya dengan amalan penipuan dan pendustaan, maka inilah jadinya.

Razak Baginda bebas, Rosmah dan Najib tidak dipanggil beri keterangan.

Hakim, polis dan pendakwa raya semua bolih digula-gulakan.

Salam takzim