Sunday, November 30, 2008
PKR Janji Kembalikan Kekebalan Raja
Saturday, November 29, 2008
Pengeluaran Pelaburan Asing
Kita bukan sahaja menghadapi fenomena aliran keluar pelaburan asing secara langsung(FDI) sebanyak RM38 bilion malah berhadapan dengan pelabur-pelabur tempatan yang mulai melabur di luar negara termasuk sektor pekilangan yang menutup atau mengecilkan operasi kilang-kilang mereka. Kita juga menyaksikan bagaimana pengeluaran pelaburan asing dari bursa saham negara menyebabkan kerajaan terpaksa menyuntik RM5 billion melalui Valuecap Bhd untuk menyelamatkan pasaran saham, dan sebagainya.
Seharusnya Timbalan Menteri berkenaan sedar akan peningkatan mendadak pembuangan kerja dan pemberhentian secara sukarela “VSS” di kilang-kilang dan perusahaan-perusahaan lain diseluruh negara akibat pengaliran keluar pelaburan langsung asing amat meruncing sekarang.
Timbalan Menteri juga perlu menginsafi fenomena aliran bersih pelaburan langsung asing yang negatif ini hanya dialami oleh Malaysia sedangkan negara-negara lain di rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukkan pelaburan langsung asing yang tinggi sehingga mencecah 80.9% berbanding tahun lepas.
Timbalan Menteri sewajarnya menarik balik kenyataan beliau dan saya sekali lagi menyeru agar satu sidang khas di parlimen ini bagi membahas isu yang sebegitu penting.
Thursday, November 20, 2008
Nak Lari Dah Ke Razak?
BPR perlu segera siasat, peruntukan RM38 juta 'hilang'?
"Jadi, ke manakah pergi wang peruntukan yang selebihnya? Pihak BPR perlu menyiasat kedudukan wang tersebut kerana dibimbangi ianya disalahgunakan pihak JPPP seperti menggunakannya bagi tujuan kempen pilihan raya umum Umno Kelantan," katanya ketika ditemui di lobi parlimen abru-baru ini.
Beliau turut dimaklumkan bahawa peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat ke Kelantan hanya diberikan untuk kawasan Parlimen Jeli dan Gua Musang sahaja.
"Bahkan saya diberitahu sendiri oleh pegawai JPP bahawa setiap projek yang hendak dilaksanakan dengan peruntukan kerajaan pusat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed.
"Diskriminasi ini telah berlaku sejak PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan dan ianya masih diteruskan dalam suasana katanya Umno ingin merubah sikap dan layanan mereka kepada Kelantan," tegasnya.
Dalam pada itu, isu diskriminasi bangkit lagi pada sesi pengggulungan perbahasan sidang parlimen pada 17 November lalu.
Situasi tersebut berlaku ketika ucapan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib - menyentuh isu pembinaan dan pemulihan jalan-jalan rosak di kawasan luar bandar.
Soalan tambahan mula dibuka kepada Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) mengenai pemantauan projek-projek yang dilaksanakan di sesuatu kawasan memandangkan sebarang projek yang hendak dilaksanakan perlu mendapatkan kelulusan daripada pemimpin Umno-BN di sesuatu kawasan khususnya di Kelantan.
"Malah kami sebagai ahli-ahli parlimen pun tidak diberi maklumat mengenai projek tersebut apatah lagi untuk mendapat peruntukan bagi projek untuk rakyat," tegasnya.
Turut membangkitkan isu yang sama, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) memohon penjelasan mengenai kesediaan menghapuskan amalan diskriminasi kerajaan pusat terhadap negeri-negeri pakatan Rakyat.
"Sudikah kerajaan menghapuskan diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dan sekaligus menghapuskan JKKP kerana ianya sudah tidak diperlukan lagi?" soalnya, namun ianya tidak mendapat sebarang jawapan menteri.
Monday, November 17, 2008
Isu sebenar MB Nizar rampas Kamera
Lantas MB panggil jurufoto tersebut lalu bertanya dari akhbar mana ; sama ada telah minta kebenaran atau tidak mengambil foto.Tetapi jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli .MB memanggilnya sekali lagi dengan nada yang agak kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana yang didakwa.
MB minta rakaman foto tadi dibuang. Untuk mempastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut diserahkan kepada Anuar Hashim,Setiausaha Akbarnya yang duduk di sebelah saya, dan meminta Anuar pastikan gambar tersebut dibuang.
Kamera itu diserah semula kepada jurufoto itu dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, supaya datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada diatas meja MB.
Telahan kami tepat, tidak sampai pun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009. Saya tidak kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan sedangkan Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian.
Walaupun ada beberapa orang ADUN BN di kantin sewaktu kejadian tersebut berlaku; saya amat pasti Kubu Gajah tidak ada di situ. Saya sangat mengenalinya kerana ia memang popular dengan sikap kurang ajarnya di Parlimen dan dibawanya ke DUN.
Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh ADUN Kubu Gajah dan akan siarkan supaya para pembaca dapat menilai sendiri ucapannya ; bahawa inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk memburukkan MB dan kerajaan Pakatan Rakyat.
Protes aman anti-ISA di Petaling Jaya
Bubar Majlis Peguam jika mahu berpolitik - Abu Zahar
Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR
Friday, November 14, 2008
Politik wang palit imej buruk calon Timbalan Presiden Umno
Sehingga habis semua kecuali lima bahagian mengadakan persidangan, 73 nama berjaya dimasukkan dalam senarai pertandingan MT, yang mensyaratkan sekurang-kurang 10 pencalonan atau lima peratus.
Thursday, November 13, 2008
Betapa zalimnya polis Malaysia - Tranungkite.net
GMI serah 50 ribu poskad kepada PM
Poskad berkenaan yang tertulis tiga tuntutan bantahan rakyat ini diserahkan kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiagon yang kemudian akan menyerahkannya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi menyerahkannya kepada PM.
Tiga tuntutan berkenaan ialah ISA dimansuhkan, semua tahanan ISA dibebaskan dan menutup Kem Kamunting (Kemta), diedarkan kepada rakyat sejak pelancarannya April lalu.
Ketika sidang akhbar di lobi Parlimen tengah hari ini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh turut membacakan memorandum yang akan turut diserahkan kepada Abdullah.
GMI yang dianggotai lebih 83 organisasi yang terdiri dapidapa badan bukan kerajaan, parti politik, kesatuan sekerja, badan peguam, badan media, pertubuhan pelajar dan pertubuhan wanita. Selain itu, poskad berkenaan antara lain mendesak pemberhentian kezaliman yang ditimpa ke atas tahanan dan keluarga tahanan.
Wednesday, November 12, 2008
Peralihan Kuasa?
Negara kita mengamalkan prinsip demokrasi sudah hampir 50 tahun. Pemilihan pemimpin negara juga dilakukan melalui pilihanraya dimana kita sebagai rakyat memilih seseorang yang layak. Jadi, di sini ingin saya mengulangi sekali lagi "kita yang memilih pemimpin".
Sepatutnya tidak akan terjadi perkara-perkara seperti yang kita dengar baru-baru ini iaitu pelan peralihan kuasa. Bila ada pelan peralihan kuasa yang macam suka-suka sahaja memberi jawatan pemimpin kepada orang-orang tertentu, maka kita patut persoalkan dimana letaknya kuasa rakyat dalam sistem demokrasi? Kuasa rakyat memilih pemimpin yang layak untuk memimpin.
Seperti yang kita sedia maklum, dalam pemilihan dan mesyuarat-mesyuarat UMNO untuk menuju Mac 2009 banyak pembaziran wang yang berlaku. Individu-individu yang kita sendiri rasa tidak layak untuk menjadi calon telah pun berjaya mendapat pencalonan. Semuanya menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi.
Jadi, kepada sesiapa yang hendak hidup senang lenang dengan mudah, jadilah pengikut UMNO yang setia. Jadilah seekor keldai yang sanggup disuruh buat apa sahaja. Kita sendiri telah sedia maklum dan pernah melihat kuli-kuli UMNO yang hidup mewah.
Jadi disini ingin saya tegaskan yang saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan pelan peralihan kuasa kerana hilangnya kuasa kita sebagai rakyat untuk menentukan siapa yang sebenarnya layak untuk memimpin negara kita. Sebelum saya akhiri penulisan untuk kali ini, saya ada beberapa soalan untuk renungan sahabat-sahabat semua:
1) Adakah anda mahu seorang kaki perempuan menjadi pemimpin? Yang isterinya sendiri pun pada asalnya isteri orang yang dia sanggup beli?
2) Adakah anda mahu seorang penipu menjadi pemimpin? Yang menggunakan wang negara untuk meraih komisen bagi setiap pembelian keperluan negara?
3) Adakah anda mahu seorang yang sanggup bermain sumpah menjadi pemimpin? Menggunakan nama Allah untuk menutup aib yang dilakukan?
Anda fikir-fikirkanlah. Sesungguhnya kita sedar yang diri kita tidak mampu melakukan apa-apa hanya sekadar melihat, mendengar dan menerima. Sekadar untuk renungan dan pandangan.
Salam sayang dari Melbourne.
Melayu paling ramai berpendapatan bawah RM1,000
Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah. Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.
Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.
Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.
Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000. Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.
Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400. "Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya.
Tuesday, November 11, 2008
Satu Lagi Projek Menipu Rakyat - Kerajaanrakyat.com
Hello Mamat Said, kalau dah nama keturunan bani UMNO, tetap dengan jenama pembohongan dan penipuan. Kamu nak rancakkan ekonomi negeri untuk rakyat atau untuk kaum kerabat kamu?. Sah, ini satu lagi projek UMNO nak tipu rakyat Terengganu.
Tak habis-habis hendak menipu rakyat. Zaman Deris Jusoh, dia dengan Kamal anak Dollah merembat duit rakyat melalui projek Monsoon Cup. Sekarang zaman ekonomi meleset, rakyat susah merana, si mangkok berayun Mamat Said hendak merompak duit rakyat dengan projek kuda gila. Buat projects bukan untuk membantu rakyat, tapi untuk menyakiti hati dan menyusahkan rakyat.
Padan muka rakyat Terengganu, undilah lagi Barisan Nasional, ini yang kamu semua dapat. Pemimpin senang-lenang merembat duit, kalian yang merempat. Esok lusa, ada lagi rakyat miskin yang kena halau dan rumah kena roboh. Hidup UMNO, jantan jalang pun disanjung.
Sunday, November 9, 2008
ISA: Semua hakim harus berani
Walaubagaimanapun menurut beliau, semua hakim yang mengambil kes Akta Zalim, ISA haruslah berani mengambil keputusan yang sama seperti Hakim Syed Ahmad Helmy.
“Saya rasa pembebasan Raja Petra mempunyai kaitan dengan hakim yang berani mengambil tindakan untuk menafikan akta zalim ini, dan Raja Petra bertuah dengan pembebasan beliau,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan Online.
Katanya ada beberapa kes ini sama seperti Raja Petra namun ianya ternyata gagal, kerana ianya berdasarkan kepada keberanian hakim.
“Malik Imtiaz dan pasukan beliau adalah diantara peguam yang terbaik, namun keputusan terletak kepada keberanian hakim berkenaan,” katanya lagi.
Menyikap pengalaman beliau sebagai isteri tahanan ISA, dua kes sebelum ini membuktikan bahawa ada hakim yang tidak berani mengambil keputusan.
“Sebagai contoh pada tahun 2003, peguam terkemuka, Admund Bund dan kumpulan beliau berjaya mendapat perintah mahkamah untuk membebaskan salah seorang tahanan Jemaah Islamiah, Nasarudin Nasir,” katanya.
Katanya ketika itu, hakim yang melaksanakan tugas ialah ialah Suriadi Abd Halim . Manakala hakim kepada suaminya pula ialah Kadir Musa. “Nasarudin Nasir telah ditahan pada 18 April 2002, hari yang sama dengan penahanan suami saya walaubagaimanapun Nasarudin dibebaskan pada 2006 dan agak pelik mengapa suami saya tidak dibebaskan. Ianya menunjukan keberanian kehakiman,” katanya petang ini.
Habeas Corpus suaminya, Mat Sah Mat Satray pada ditolak dengan mudan tanpa alasan pada tahun 2004 walaupun menggunakan kumpulan peguam yang sama yang diketuai Edmund Bon yang turut memenangi kes tahanan ISA Nasarudin Nasir pada tahun 2003. Dalam penghakiman semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.
Beliau turut mengarahkan agar Raja Petra, yang ketika itu berada di Kem Tahanan Kamunting Taiping, yang ditahan sejak 12 September lepas, dibawa ke mahkamah sebelum pukul 4 petang semalam bagi urusan pembebasannya.
Seksyen 8(1) menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun dan boleh disambung bila-bila masa. Para peguam yang mewakili Raja Petra adalah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ashok Kandiah. Raja Petra yang tiba dari Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di mahkamah lebih kurang jam 3 petang kelihatan tenang.
Mesyuarat Pemuda Rembau 'kecoh sedikit'
Menurut sumber-sumber, ketika itu ramai perwakilan meluangkan nama 'Khairy' tanda penyokong pencalonannyaKetika itu, seorang lagi perwakilan berjalan ke arah mikrofon dan meminta supaya dibuka semula pencalonan.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama calon-calon mahu dicadangkan.
Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, J" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup". Seramai 308 perwakilan hadir dalam mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Pengerusi tetap kemudiannya memutuskan pencalonan telah ditutup atas alasan majoriti perwakilan mahu Khairy dicalonkan sebagai ketua Pemuda.
Berikutan itu, Khairy terpilih sebulat suara sebagai calon ketua Pemuda, manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk naib ketua. Setakat ini, Datuk Mukhriz Mahathir mendahulu dengan 74 pecalonan, Khairy 53 dan Datuk Khir Toyo (58). Bagi naib pula ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 94 pencalonan dan Reezal sehingga ini mendapat 82 pencalonan.
Sementara itu, Khairy berkata, pencalonan beliau di tempat sendiri itu telah melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. "Pencalonan ini tidak sempurna jika rakan-rakan saya sendiri tidakmenyokong kita. Ini maruah saya," katanya selepas mesyuarat itu.
Sementara itu, Khairy juga kekal sebagai ketua Pemuda Umno bahagian tersebut selepas menang tanpa bertanding hari ini. Manakala Mohd Shafrul Azman juga menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda bahagian selepas memperoleh 96 pencalonan daripada 100 cawangan dalam bahagian berkenaan.
Harap tiada agenda di sebalik pembebasan Raja Petra - GMI
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Pakatan Rakyat akan membawa usul memansuhkan ISA di Dewan Undangan Negeri tersebut, 13 November depan.
Saturday, November 8, 2008
Najib ditampar ‘revolusi’ di Parlimen - Malaysiakini
Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.
Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita.
Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.
Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru.
Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi.
Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam). Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan.
Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah.
Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam. Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.
Menteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009. Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir “mimpi” Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru.
Hakim tidak dipecat - Harakahdaily
Bernama melaporkan bahawa Karpal akan meminta Nazri menjelaskan mengapa beliau membuat kenyataan secara terbuka di Parlimen yang memberi tafsiran bahawa nama-nama hakim itu telah dibersihkan oleh tribunal, bertentangan dengan hasil siasatan dua buah tribunal berkenaan.
Karpal merujuk kepada Malayan Law Journal (MLJ) bertarikh 28 Okt 1988 yang melaporkan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan hakim-hakim Mahkamah Agung allahrayham Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh dan Dato' George Edward Seah dipecat dari jawatan selepas tribunal mendapati mereka bersalah kerana salah laku.
Mereka bagaimanapun, menerima pencen penuh.
Tiga hakim lain, Tan Sri Dato' Mohd Azmi Kamaruddin, allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh telah digantung tugas tetapi dikembalikan jawatan mereka.
Karpal memberitahu pemberita di Istana Kehakiman di sini semalam bagi mengembalikan penghormatan dan digniti hakim-hakim yang dipecat itu, Kerajaan sepatutnya telah menubuhkan dua tribunal untuk membersihkan mereka dari tindakan yang telah diambil terhadap mereka dan bukan memberikan bayaran ex-gratia.
"Apa yang sepatutnya telah dilakukan ialah bukan membayar ex-gratia kepada hakim-hakim itu tetapi mengadakan sebuah lagi tribunal bagi membersihkan nama mereka.
"Ini masih boleh dilakukan. Membayar ex-gratia kepada mereka tidak membersihkan mereka daripada didapati bersalah kerana salah laku," kata beliau.
Karpal berkata bayaran ex-gratia itu malahan bererti yang Kerajaan berpendapat bahawa mereka (hakim-hakim itu) sebenarnya tidak bersalah.
Mahkamah putuskan Raja Petra bebas - Suarakeadilan
Raja Petra ditahan hampir tiga bulan di Kem tahanan di taiping dan terpaksa menyambut hari jadi dan hari raya di sana. Beliau ditahan bersabit kesalahan menghasut apabila menyiarkan artikel dalam Laman Web Malaysia Today. Beliau sepatutnya ditahan di Kemta selama dua tahan selepas Menteri Dalam Negeri menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.
Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.
Tandatangan Ghani Patail tidak sah - Suarakeadilan
Melapor terus dari Mahkamah Sesyen hari ini, Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan pusingan kedua (pendengaran kes) perbicaraan Anwar Ibrahim bermula 14 November nanti.
Keputusan ini membuka laluan kepada perbicaraan kontroversi ini ekoran tuduhan liwat yang difailkan oleh bekas pembuat kopi Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, pihak peguambela membantah permohonan pihak pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi ekoran sijil pindah itu ditandatangani oleh Abdul Gani. Peguambela berhujah Mahkamah Sesyen bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan kes diteruskan tanpa gangguan dari Gani Patail yang kini disiasat.
Gani Patail dituduh menyalahgunakan kuasanya dengan meminda bahan bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu.
Dari afidavit dan keterangan di mahkamah, Abdul Gani dituduh mengarahkan doktor yang merawat Anwar Ibrahim memfailkan laporan palsu berhubung kesihatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang dipukul sehingga separuh mati oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Abdul Rahim Noor.
SPR: Jawapan PM 'tidak masuk akal' - Malaysiakini
Fuziah membidas penjelasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap soalan lisannya semalam. Perdana menteri berkata "status dan perkembangan mengenai 11,842 pemilih (tercatat dalam daftar pemilih 2004) yang menggunakan kad pengenalan lama yang belum dapat dikesan sehingga kini."Wakil rakyat PKR itu mendakwa terdapat bukti kukuh di kawasan parlimennya yang "menunjukkan SPR telah melakukan penipuan daftar pemilih".
"Beberapa kes yang melibatkan pemilih yang berumur lebih 100 tahun dan yang telah meninggal dunia telah dikeluarkan daripada daftar pemilih sewaktu pembersihan daftar pemilih hujung tahun 2006, akan tetapi nama pemilih tersebut telah dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih yang digunapakai dalam pilihanraya umum ke-12 Mac lalu," katanya. "Kad pengenalan baru diwujudkan (direka) seolah-olah si mati (nama pada daftar pemilih) lahir pada 1985, sedangkan berdasarkan kad pengenalan lama, beliau lahir pada 1885," tambahnya.
Ahli parlimen itu mempersoalkan peruntukan kerajaan kepada SPR sedangkan, menurutnya, ia masih belum dapat menjamin ketelusan pilihanraya."Saya menyeru agar integriti SPR dikembalikan supaya dapat bertindak sebagai badan yang bebas, dan bukan lagi menjadi boneka Barisan Nasional dengan mengorbankan harapan seluruh rakyat Malaysia dalam memacu masa depan Negara," kata Fuziah.
Pemuda PKR tersepit dalam dakwaan rasuah Umno - Malaysiakini
"Seorang individu mengaku beliau disogok sejumlah wang oleh Alias supaya membuat akuan sumpah palsu terhadap pimpinan Umno Marang," katanya, yang juga timbalan ketua AMK pusat, ketika dihubungi kelmarin.Hadir bersama lapan ahli AMK negeri, Fariz dalam laporan polisnya berkata beliau menerima dua akuan bersumpah itu pada jam 4.15 petang Selasa lalu selepas balik dari Kuala Lumpur.
Katanya, dua dokumen tersebut berada di dalam peti surat rumahnya dan mendapati ia disediakan oleh Jaafar Jambol dari Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu. Bagaimanapun Jaafar, seorang penyokong Umno, menafikan pernah membuat akuan tersebut dan Alias A bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Fariz.
Dalam akuan tersebut, Jaafar mendakwa, Alias A telah memaksa dan memujuknya untuk menulis surat pada 28 Mac lalu untuk membuat tuduhan palsu dan fitnah kepada dua pemimpin Umno Marang.Dua pemimpin berkenaan ialah bekas ketua bahagian Datuk Abdul Rahman Bakar, yang tewas dalam mesyuarat bahagian 25 Oktober lalu, dan adiknya Alias Bakar, yang juga bekas ahli jawatankuasa bahagian.
Dalam akuan itu lagi, Jaafar didakwa berkata beliau amat menyesal dengan surat tersebut kerana "kandungannya rekaan semata-mata dan berniat jahat kepada dua pemimpin itu melalui pujukan, rayuan dan paksaan Alias A."Beliau mengakui disogok RM1,000 oleh Alias A untuk membuat akuan sumpah tersebut, Jaafar didakwa berkata dalam akuan tersebut.Akuan sumpah itu dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah Wan Muhamad Abdullah di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, 22 September lalu.
Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menghubungi beliau untuk mengesahkan akuan bersumpah itu. Pada 28 Mac lalu, Jaafar dikatakan menulis surat kepada lembaga disiplin Umno di Kuala Lumpur mendakwa Abdul Rahman dan Alias B membantu pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.Abdul Rahman, bekas timbalan menteri sumber manusia, tidak dipilih mempertahankan kerusi parlimen Marang dalam pilihanraya 8 Mac. Bagaimanapun, ketika dihubungi hari ini, Jaafar menafikan beliau menulis dua akuan bersumpah tersebut dan mendakwa tidak tahu-menahu mengenainya."Surat akuan tersebut dibuat oleh manusia yang tidak bertanggungjawab yang tujuannya mungkin untuk memburuk-burukkan Alias A.
"Saya kehilangan kad pengenalan pada 21 September lalu (sehari sebelum tarikh dua akuan sumpah) tetapi telah dilaporkan kepada pihak berkuasa," katanya.Beliau mengakui pernah menulis surat kepada lembaga disiplin Umno berhubung pembabitan Abdul Rahman dan Alias B tetapi menafikannya ia bertarikh Mac lepas, sebaliknya April lalu.Jaafar berkata, beliau telah menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Katanya, beliau juga akan menyiasat untuk mengetahui pihak sebenar yang menulis akuan tersebut.Sementara itu, Alias A yang juga wakil rakyat Alor Limbat memberitahu Malaysiakini semalam, tuduhan bahawa beliau meminta Jaafar membuat akuan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas."Ini satu tindakan desperado pemimpin politik tertentu di bahagian Marang," katanya.Alias A berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fariz kerana turut menyeretnya namanya semasa membuat laporan polis tersebut. "Saya tidak faham mengapa Fariz yang membuat laporan itu kerana beliau bukan ahli Umno," katanya.Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya menganalisis kandungan laporan polis berkenaan untuk tindakan lanjut.
Diminta mengulas tindakan Alias A dan Jaafar terhadapnya, Fariz hari ini berkata terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian. "Saya buat laporan polis itu berdasarkan akuan bersumpah yang saya terima dan meminta polis menyiasatnya," katanya. "Laporan polis itu dibuat kerana ada nama yang dinyatakan dalam akuan bersumpah tersebut. "Isu ini serius kerana Alias A seorang wakil rakyat dan pengamal undang-undang."Tambahnya, beliau membuat aduan itu kerana dakwaan itu membabitkan kes rasuah.
Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin - Malaysiakini
"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno."Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.
"Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti."Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.
"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang."(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan."Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.
Kenyataan Media: Pembebasan RPK - AnwarIbrahimblog
Saya memuji mahkamah kerana berani untuk menjadi benteng pelindung kepada rakyat bila berhadapan dengan kerakusan penguasa. Komitmen hakim tersebut untuk memastikan keadilan terlaksana membolehkan Raja Petra mengecapi kembali kebebasan yang sememangnya menjadi hak rakyat Malaysia.
Keputusan ini membuktikan kerajaan sekarang tidak layak untuk memerintah. Kerana keangkuhan, kerajaan sekarang tidak menghiraukan hasrat rakyat yang mahukan demokrasi, kebebasan dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang.
Kepimpinan BN terutamanya para menteri kabinet sepatutnya menginsafi kesalahan mereka kerana menyokong penggunaan ISA dan terus menerus bertindak zalim ke atas Raja Petra, individu-individu yang masih ditahan tanpa dibicara dan para keluarga mereka.
Ahli parlimen yang bertindak mendiamkan diri terhadap saranan Pakatan Rakyat yang mahukan wacana serta perdebatan serius bagi menghapuskan ISA, wajar mempertimbangkan semula pendapat mereka. Keputusan mahkamah hari ini membuka peluang buat semua ahli parlimen untuk maju ke hadapan bagi menghapuskan undang-undang kuku besi ini.
Ramai yang masih ditahan oleh undang-undang kuku besi ini, termasuklah ahli-ahli Hindraf dan individu-individu tertentu yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Jemaah Islamiyah. Mereka semua berhak untuk dibicarakan dengan adil. Saya mengulangi gesaan agar semua tahanan ini dibebaskan dan sebarang tuduhan mestilah dibuktikan di mahkamah.
Perihal 'serigala lapar' yang berebut rezeki dalam Umno - Harakahdaily
Terbaru, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, menjelang minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian Umno, ada pihak-pihak tertentu berusaha menyekat pencalonan dibuat terhadapnya bagi mencukupkan quota, melayakkannya bertanding.
Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail mendakwa, aduan sudah diterimanya terhadap calon-calon yang bertanding menggunakan wang sebagai umpan mendapatkan pencalonan termasuk yang menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden.
Apa yang menarik, jika ada calon-calon yang 'terperangkap' dengan politik wang dan kesalahan menyekat pencalonan dibuat terhadap calon selain dari dirinya, maka kemungkinan hanya seorang sahaja calon yang layak bertanding kerusi Timbalan Presiden, menjadikan dia menang tanpa bertanding!
Lebih mengejutkan, Lembaga Disiplin turut menyebut, calon-calon Naib Presiden, juga turut diadukan kepadanya terlibat menggunakan wang yang banyak untuk mencari pencalonan.
Tentulah, aduan itu 'berasas' kerana jika tidak, mustahil Tengku Ahmad Ritahauddeen mahu mengeluarkan kenyataan itu, sebelum ianya dipastikan berasas.
Ramai di luar, sedang menanti dengan penuh minat, siapakah di kalangan calon-calon Timbalan Presiden kali ini yang bakal 'dihalang' oleh Lembaga Disiplin Umno dari bertanding kerana, setiap ahli yang dikenakan tindakan hilang kelayakkan dipilih dan memilih.
Tentulah, mereka yang sudah menerima habuan, terasa mudah untuk 'tidak perlu terikat' dengan sesiapa, kerana 'orang yang menghulurkan wang kepada mereka' sudah dikenakan tindakan.
Jika tidak, penerima wang dan habuan termasuk gelaran Dato' yang lazimnya 'banyak' apabila tiba musim pemilihan parti, mestilah 'tahu membalas budi'.
Sebenarnya, kisah sekat-menyekat ini sudah lama berlaku. Bukan sahaja di di kalangan calon-calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden, tetapi turut berlaku di bahagian-bahagian, yang selama ini, tiada siapa mengambil peduli mengenainya.
Itulah sebabnya, Umno semakin hari semakin mengecil, hilang sokongan dan kalah dalam pilihan raya.
Kalau ada orang mengadu dengan Muhammad, telah berlaku sekat-menyekat di bahagian-bahagian tertentu, sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Umno (atas kedudukannya sebagai Ketua Penerangan), apakah beliau akan bertindak untuk menyiasat atau memanjangkan aduan itu kepada Ibu Pejabat Umno?
Masalah dalam Umno ialah, budaya pentingkan diri sendiri, mengatasi kepentingan umum. Mereka yang berjawatan tinggi, hanya hendak berhubung dengan penyandang jawatan Ketua Bahagian tanpa memperdulikan mereka yang tidak berjawatan.
Apabila mereka yang tidak berjawatan dapat menewaskan penyandang, aduan penyandang pula tidak diperdulikan kerana peyandang sudah tewas.
Inilah yang berlaku, kecuali dalam kes Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, seperti ada 'segerombolan serigala mengejar seekor biri-biri' hingga 'hancur Mohd Isa' mereka kerjakan.
Hari ini, segerombolan serigala itu sudah berpecah-belah. Masing-masing mahu menguasai puncak bukit yang masih ada saki baki rezeki yang perlu direbut untuk kroni dan saudara mara mereka.
Ini yang menyebabkan serigala-serigala ini 'bergaduh' sesama sendiri, termasuklah cerita kononnya Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak mendapat pencalonan disebabkan tidak menyogok wang.
Sepatutnya, Lembaga Disiplin tidak bergerak seperti 'orang atas kerusi roda' yang memerlukan orang lain membantu menolaknya untuk bergerak, sebaliknya bertindak pro aktif dengan menyeret mereka yang membuat kenyataan tanpa bukti ke lembaga itu, untuk disiasat, mengapa mereka membuat tuduhan sesuka hati, tanpa membawa bukti ke Ibu Pejabat parti!
Antara yang berulang-ulang bercakap isu yang sama ialah seorang calon Naib Presiden, Dato' Seri Dr Rais Yatim yang terlalu sukar untuk mendapat pencalonan walaupun, dia digambarkan sebagai pakar perlembagaan negara.
Sebelum ini, tulisan-tulisannya termasuk yang menyentuh tentang musang berbulu ayam dan akan gugur seperti nangka busuk, gagal menarik minat bahagian-bahagian supaya mencalonkannya sebagai salah seorang Naib Presiden.
Dalam kes Dato' Seri Azalina Othman, tafsiran 'pelan peralihan kuasa' dalam Pergerakan Wanita Umno, boleh ditafsirkan sebagai 'usaha menyekat' orang lain (termasuk orang luar dari kalangan Pergerakan itu) dari menyertai Wanita Umno.
Tidak hairanlah, kalau Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dato' Kamalia Ibrahim beregu untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan naib, Tan Sri Rafidah Aziz dijangka tidak ada masalah untuk 'membuka laluan' tetapi jika Azalina 'mendapat pencalonan mencukupi untuk kerusi Naib Ketua Pergerakan Wanita, Rafidah dijangka tidak akan 'membenarkan' Azalina menjadi calon naib walaupun menentang Shahrizat atau Kamalia.
Azalina sebagai seorang Menteri mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan Shahrizat dan Kamalia yang bukan dari kalangan YB.
Tugas Muhammad sekarang, jika mendapat cukup atau tidak pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden, haruslah membawa bukti ke Ibu Pejabat Umno, supaya tindakan mengikut saluran seperti yang dikatakan Tengku Adnan boleh diambil.
Jika tidak, Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan dan menyeret Muhammad ke Lembaga Disiplin bersama Rais Yatim yang bercakap isu yang sama - jika dibiarkan akan menyebabkan keyakinan ahli terhadap parti, merosot.